Isnin, 25 Februari 2013

perjanjian ini...

Selamat malam dan selamat menambahkan iman!

Perjalanan hidup terasa sungguh panjang bila hati kurang mengingati Allah.
Susahnya jalan pengorbanan dan liku-liku mendidik kehendak diri yang tidak pernah kenal puas!

Ya Allah kami memohon keampunan pada-Mu kerana ubun kami berada di tangan-Mu.. kami hanyalah hamba-Mu yang diperanakkan oleh dua lagi hamba-Mu yang juga tidak dapat lari dosa dan maksiat pada-Mu.

HR. Tirmidzi 5/465. Keterangan untuk dibaca tiga kali diriwayatkan oleh Ahmad 4/337, An-Nasa’i 4, dan Ibn As-Sunni 68

Sesungguhnya kami telah redha Engkau sebagai Tuhan kami, Rasulullah sebagai Nabi kami dan Islam itulah anutan dan agama kami..

Masih ingatkah kita pada janji ini sebelum ruh kita di masukkan kedalam jasad..

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Surah Al-A'raf: 172.

Entah bila kita berkata begitu pada Allah?
Kerana kependekan aqal kita..
kelemahan kita sebagai manusia..
untuk mengingati saat pengakuan ini..
Maka Dia telah mengingatkan kita melalui kalam-Nya! Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar! Dia yang berkuasa ke atas seluruh langit dan bumi memberikan peringatan khusus untuk kita yang pelupa ini..
Dia tidak membiarkan kita.. cinta Allah terbukti!

Kemudian..
setelah ruh kita bertemu jasad..
setiap hari kita mengulangi bacaan dalam solat, biarpun ia bukanlah lafaz wajib..

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Al-an'am: 162.

Peringatan apa lagi yang kita mahukan?
peringatan bagaimana lagi kita tuntut...
Sedangkan Al-quran itu kita baca setiap hari..
jangan sampai hilang perasaan ketika membaca Al-Quran..
jangan sampai hilang fikiran waras ketika menghayati isi kandungannya..

Kemudian..
Allah berfirman lagi:

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّـهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّـهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan sempurnakanlah janji kamu pada Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu mencabuli janji kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

Surah An-nahl: 91.

Dengan kehendak dan izin Allah..
kita telah pun berjanji.
Bukan sahaja ketika di alam ruh.
Allah telah memberikan kita peluang lagi sekali untuk memperbaharui janji pada-Nya..
Untuk benar-benar menepati janji kita pada-Nya.
Dan sesungguhnya Allah juga berjanji, Allah sekali-kali tidak akan mungkir janji.
Alangkah malunya pada Allah..
Bila kita mungkir...
Astaghfirullah.

Lagi pesanan Allah.. yang menyentak jiwa, fikiran dan perasaan..

وَلَا تَتَّخِذُوا أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ فَتَزِلَّ قَدَمٌ بَعْدَ ثُبُوتِهَا وَتَذُوقُوا السُّوءَ بِمَا صَدَدتُّمْ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۖ وَلَكُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).

Surah An-nahl: 94.

Ayat ini dalam konteks asalnya..
Allah menegur pemuka Quraisy yang mahu memungkiri janji..

Dan tidak salah untuk kita memahami ayat ini UNTUK KITA.
kerana Al-Quran ini diturunkan untuk KITA!
bukan untuk para pemuka Quraisy semata.
Jika hanya untuk pemuka Quraisy.. untuk apa Al-quran ini dibaca oleh KITA sekarang..
Tidak lain dan tidak bukan.. Al-Quran ini untuk kita dari Allah..

kita juga berjanji..
berjanji pada Allah..
Jika janji pada manusia pun Allah larang untuk mungkir.
Apatah lagi janji pada Allah!

Selamat memperbaharui iman.
Selamat mendalami iman dan perasaan pada Allah.
Semoga islam benar-benar menjadi cara hidup kita secara keseluruhan.

Ahad, 24 Februari 2013

hari ini hari membebel...

selamat malam..

indahnya ciptaan kerana Yang mencipta itu Maha bijaksana. subhanallah..

Zikirlah sebanyaknya kerana ia menyebabkan kita tidak cukup masa untuk melakukan dosa.

Fikirlah bagaimana mahu terus istiqamah kerana ia menyebabkan kita tidak sempat menghukum sesiapa di sekeliling kita.

Sibukkanlah diri dengan membaca dan mengulang Al-Quran kerana ia menjadikan hati kita yang sempit dan kotor ini menjadi luas dan bersih!

Bekerjalah kerana Allah.
Kerana bekerja itu salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Ya.
Ada orang begitu semangat bekerja kerana dia tahu akan masuk gaji di hujung bulan.

Tapi ada juga orang tidak semangat bekerja kerana sebab yang sama..

Sebab yang sama tapi perbuatan yang berbeza.

kerana cara fikir seorang manusia.
Manusia punya pelbagai gaya pemikiran.

Pilihlah gaya pemikiran yang betul
maksud betul itu adalah: menurut gaya pemikiran Al-Quran!

Sabtu, 23 Februari 2013

salah faham terhadap Islam

Begitu banyak salah faham yang ada terhadap Islam..
Hingga...

Cubalah pergi tanya orang-orang bukan Islam..
Apa Islam yang mereka faham??

Belum lagi tanya orang Islam sendiri..
Apakah agama Islam yang mereka anuti selama ini??

dan yang lebih mencabar lagi..
Tanya para penggerak dakwah Islam..
Apakah Islam yang mereka fahami??

Apakah Islam yang KITA FAHAMi??

Dan akhirnya hayatilah janji Allah di bawah:

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa

Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa;

dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;

dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu.

Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Surah An-Nur: 55

Jumaat, 22 Februari 2013

Bila saya hidup untuk Islam

Saya wajib hidup menurut cara hidup islam dari segi aqidah, ibadah dan akhlaq.

Saya wajib menurut cara hidup Islam dalam diri, masyarakat dan keluarga.

Saya wajib mengarahkan seluruh hidup saya untuk Islam...

Membetulkan segala khurafat yang ada dalam masyarakat.
Memperjuangkan -kebenaran- membetulkan aqidah dan membersihkan dari semua kesesatan dan maksiat..

Agar akhirnya semua orang akan merasai Islam itu memang syumul/menyeluruh.. Agar semua orang merasai kasih sayang Allah dan Rasul-Nya..

Sesungguhnya tidak ada dakwah yang paling berkesan.. Kecuali AKHLAQ!

Jika kita diberi amanah, bagaimana akhlaq kita?
Jika kita diberi jawatan, bagaimana akhlaq kita??

Perjuangan ini bukanlah dari sudut perkataan, perasaan, aqidah dan ibadah sahaja..

Bila semua orang malas..
Bila semua orang tak kisah sukarelawan..
bila semua orang rasuah..
Bila semua orang mengampu..

Apa yang kita nak buat?
Bagaimanakah sikap kita??
Apakah pendirian kita?

Bila masyarakat memerlukan pendapat..
Dimana kita??

Bagaimana kita mahu perjuangkan islam itulah yang syumul..?
bagaimana mahu memberitahu Islam itulah yang menyediakan penyelesaian untuk semua masalah..??

Jika kita lansung tidak pernah fikir segala hal ini..
Adakah kita hidup untuk islam??

Benarkah kita hidup ini untuk Islam??

Rabu, 20 Februari 2013

tabiat Islam seterusnya

ilmu dan amal

Dari surah al-baqarah 44

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ 

 Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Az-zikr dan fikr

Ada masa zikir; bercakap.. ada masa kena duduk diam dan berfikir..
Zikir pada suatu keadaan dan berfikir pada satu keadaan lain..

Ahli fikir yang sentiasa berfikir bagaimanakah mahu menyebarkan rahmat islam itu..

Jadilah ahli zikir juga, yang sentiasa memberikan peringatan pada orang..

bekerja adalah ibadah!

Maka niatlah untuk melakukan yang terbaik..
Sntiasa bercita-cita besar untuk melakukan yang terbaik

kisah Rasulullah kena kejar masa hijrah ke Madinah..
Suraqah dijanjikan gelang dan mahkota kisra!
Heyh..
Ketika itukan Rasulullah menjadi pelarian kot..
Tapi baginda menjanjikan sesuatu yang lebih besar dan dahsyat dari apa yang kaum quraisy tawarkan..

Huh..

Jika bukan bekerja kerana Allah. Mana mungkin boleh menjanjikan begitu yakin sesuatu yang tiada pun ditangan dia..

Kuat dan bertanggungjawab..

Islam itu tidak mengikut jalan syaitan!
dan ia tidak mengikut hawa nafsu.. (kehendak diri yang kosong itu)

bukan menafikan kewujudan hawanafsu tapi letaklah ia di tempat yang sebenar.

A'ziz (mulia) dan kasih sayang

Mulia dan berkasih sayang...
Kita merasa izzah dengan islam..
tapi tidak menjadikan kita sombong.. malah memberikan kasih sayang kepada manusia..

daulah dan ibadah.. [pemimpin dan hamba]

huh..
seorang yang mengambil berat dan menjadi penghulu ummah.. tapi dalam masa yang sama dia lah orang pertama yang bangun solat malam.. Dialah yang paling cepat mendekatkan diri kepada Allah!

pedang dan kitab

mujahid rabbani.
Beramal dan ada sifat yang boleh memandu orang lain..

Harakah wal minhajiah [bergerak mengikut sistem]

Ha'a... bergerak itu dengan tersusun..
Bukan main langgar aje apa yang ada di depan itu...
Dakwah dan tarbiyyah kita perlu bersistem

Selasa, 19 Februari 2013

Islam itu mudah

Ha'a...
Nabi Muhammad yang cakap Islam itu mudah.

Memang islam itu mudah.
Tapi kenapa kita perlu dipaksa untuk mengamalkan islam??

Hmm.....

Sebab orang yang memberi tahu islam itu tidak cukup kreatif dan bersungguh-sungguh untuk memberitahu kemudahan Islam.

Dan orang yang mendengar itu hanya mahukan keuntungan dunia semata...

Ahad, 17 Februari 2013

Tabiat Din islam

Tabiat islam maksudnya, itulah tabiat kita!
Islam itu tercermin pada diri kita.
Orang lain dapat melihat Islam itu pada diri kita.
Bukan pada teori dan ceramah!

oh.
mengalir airmata...

Ikhlas

Bila kita buat kerana Allah..
kita akan buat bersungguh-sungguh dan betul-betul.
ISUNYA sekarang betul tak kita benar-benar buat kerana Allah?

Jika kerana Allah kenapa halai balai sahaja??

Perintah Allah taknak ikut.. ikut pun bila lapang, bagaimana kita mahu minta tolong dari Allah?

penuh dengan nilai dan pedoman

agama ini sarat dengan nilai kebaikan dan pedoman..
tersusun dan berdisiplin dalam urusan..

Surah kahf ayat 15.

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَـٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

 Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Menunjukkan orang beriman itu merancang kerja mereka.

tentang akhlaq dan undang-undang.

tengok dalam surah ma'un..
tidakkah kamu melihat siapakah yang mendustakan agama??

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya..

kebersihan dan kesucian

taubah 108

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ 

 Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).


Sabtu, 16 Februari 2013

utamakan akhirat dari dunia!

bismillah....

mujahid dakwah punya banyak ciri..
antaranya mengutamakan akhirat dari dunia.

bagaimanakah?

dan 

timbul pula persoalan jika seimbang dunia akhirat itu belum cukup utk menjadi mujahid dakwah?  

ya!
seimbang sahaja tidak cukup. pasti sebagai manusia yang beriman.. (ok beriman itu bukan percaya biasa2.. yakin pasti hingga mendatangkan perbuatan dan tidak lah mudah2 digoyah oleh apa2 gangguan yang datang mengganggu).. hmmm. kita sebagai manusia beriman pada hari akhirat... pasti akan mengutamakan hari akhirat.

akhirat lebih utama kerana apa2 yang kita lihat dunia itu sebenarnya kita lakukan untuk akhirat..

insyaAllah!

Selasa, 12 Februari 2013

Allahlah selayaknya untuk dirindui

Dengan nama Allah....

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ ﴿٧﴾ أُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,

- Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.

Surah Yunus: 7 dan 8.

Tafsir..
mungkin panjang..

Setakat hari ini cubalah tadabur dahulu..

tenteram dan tenang dengan dunia.. hingga tidak lansung mengingati hari Akhirat.. AL-HAQQAH.. serta tidak mengindahkan 'tanda-tanda' ketuhanan Allah
pasti akan menjadi penghuni neraka!

Ciri-ciri penghuni neraka adalah:

Merasa tenang dan tenteram dengan dunia dan tidak mengharapkan hari pertemuan dengan Allah.

Setiap perkara dalam kehidupan ini pasti ada nilai rabbani yang boleh di ambil.
Terpulanglah pada kita untuk mengambilnya atau membiarkan sahaja.

nota kaki:
Nilai rabbani adalah satu nilai ketuhanan.. Nilai dan pengajaran yang akan membawa kita kembali kepada Tuhan.. Pencipta sekalian alam.

sekian.

Isnin, 11 Februari 2013

hati...

Ya Allah yang menjaga hati,
tetapkanlah hati kami di atas jalan-Mu.

Ya Allah ya Tuhan Kami,
Janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami.

Ya Allah jauhkanlah hati kami dari sifat munafiq dan riya.
bersihkan hati kami dari dosa dan maksiat...

........

Dan kita tidak tahu apa yang akan terlintas dalam hati dua saat akan datang, Allah lah yang berkuasa terhadap hati kita..

Kerana antara kita dan hati, Allah berada di tengah! >> Sila cari hadith yang menyebut hal ini. Hadith tersebut hadith shahih pangkatnya..


Ahad, 3 Februari 2013

i'm not yet a mother

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ayuh kita lihat surah Al-Ahqaf ayat 15:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,

dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

.............

Betapa hebat jawatan seorang ibu, hingga Allah menceritakan jasa mereka dalam Al-Quran yang dibaca seluruh manusia di segenap zaman hingga kiamat.

Jasa mengandung dan melahirkan.

Tidak pula Allah sebut tentang jasa membesarkan dan memberi makan.
Kerana itu adalah jasa dan rahmat Allah.
Membesarkan kita, memberikan umur pada kita.. dan memberikan kita rezeki..
itu semua dari Allah melalui ibubapa atau lain-lain pihak yang seangkatan.

oh ya, bukanlah tajuk saya untuk bercakap tentang jasa seorang ibu..

tajuknya adalah..
bila kita belum seorang ibu..
kita sangat berharap untuk mendapat seorang ibu yang IDEAL! cukup lengkap dan sempurna di mata kita sebagaimana layaknya seorang ibu.
tetapi setelah menjadi ibu..
kita mahu anak kita menerima kita seada-nya.

itu semua [yang bold italic] hanyalah tajuk ok.
mungkin tidak semua orang melalui seperti ini..

Sebagai anak..
kita merasakan ibu itu sepatutnya begini dan begitu.

tapi Ibu yang Allah beri pada kita tidaklah sebagaimana yang kita bayang/harap.

Maka berderetlah komen, ceramah dan keluhan tentangnya..

hinggalah pada suatu hari kita juga mempunyai anak.
pada hari itu, telah lupalah kita pada ciri ibu yang ideal yang telah kita senaraikan dahulu.

Apa yang penting sekarang adalah, aku sudah menjadi ibu dan aku perlu berusaha sebaik mungkin dan anak aku perlulah menerima aku sebagai ibunya.. se-ada-nya.

ok cukup huraian tajuk.

Mari kita duduk dan bertenang..
Beristighfar dan bertasbih pada Allah.

Tarik nafas dalam..
hebus perlahan-lahan.
Pejam mata dan sebutlah Allah dalam hati dan fikiran anda.

punya harapan tidak salah.
tapi jangan ada kecewa bila harapan tidak terpenuh.

Kerana apa yang ada itu pasti terbaik buat kita.
Allah sangat tahu.

Walaupun ibu itu tidak pernah mengajarkan kita siapa itu Allah.
walaupun ibu itu akhlaqnya sangat menyakitkan hati kita..
walaupun ibu itu begitu 'memaksa' kita menerima se-ada-nya..
walaupun ibu itu mensyirikkan Allah...

Allah tidak pernah menafikan jasanya mengandung dan melahirkan kita..

Hargailah seorang ibu mengikut penghargaan yang telah Allah beri.
Berlebihan memuliakan ibu pun takboleh, apatah lagi membuang dan membiarkan mereka hanya kerana beberapa kelemahan yang kita [sebagai anak] merasakan itu tidak patut.

Hargai ibu sebagaimana Allah menghargai mereka.
itulah yang terbaik!

Catatan ini buat kita yang selalu lupa bahawa ibu itu salah satu dari jutaan ketetapan Allah buat hamba-Nya..

Samada kita bersyukur, sabar dan kembali pada-Nya atau sebaliknya. Sekian.

Semoga hati kita semua tenang dengan apa sahaja ketetapan Allah!





Entri terkenal