.
Berbuih mulut ajar orang berbincang.
Bila sampai masa kita perlu berbincang,
Entah pegi mana semua teori yg kita 'buihkan'.
.
Berbuih mulut ajar orang..
Mintak izin dulu sebelum buat keputusan.
Tapi bila sampai waktu kita..
Dah siap buat keputusan,
Baru tanya boleh ke nak teruskn dengan keputusan itu.
.
Pelik.
Mintak izin bukanlah selepas ada keputusan.
Mintak izin juga bukanlah bila suatu persoalan sudah ada jawapan pasti...
Tapi mintak izin itu, ketika kita masih dipersimpangan 2 dilema..
Ketika inilah perbincangan akan berlaku.
Dan keputusan yang dibuat hasil perbincangan inilah yg dipanggil keizinan.
.......
Untuk apa mintak izin jika pilihan yang ada hanyalah ya atau hanyalah tidak.
Ini namanya maklum. ME-MAK-LUM-KAN.
.....
Contoh memaklumkan:
maaf adik, saya minta izin tidak hadir esok kerana kolam akan runtuh.
Contoh minta izin:
adik, di rumah saya ada sebuah kolam yang sudah lama. Ia di jangka runtuh esok jika tidak di baiki hari ini. Urusan membaiki memakan masa 2 hari.. Bolhkah kita bertemu pada hari tulat?
Apakah perbezaan dua cth di atas.
Contoh memaklumkan itu
Hanya ayat penyata walaupun ada perkataan mint izin.
Contoh mintak izin itu
Bila kita menerangkan situasi kita, apa pilihan yang kita ada dan di akhir penerangan itu kita minta pandangan.
Sekian.
P/s: minta izin ini perlu pada sesetengah keadaan masa tempat dan dgn siapa yang kita berurusan.
Speechless pun dh panjang macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan