Nikmat Allah yang sentiasa mencurah,
Menunjukkkan Allah tidak pernah lengah,
Di petang yang penuh barokah,
Saya mencuri masa utk bermadah.
Mesir..
Bumi para anbiya,
Penuh sejarah, kisah dan cerita,
Tahu dan sedarkah kita?
Mesir menjadi saksi,
Bagaimana Nabi Yusuf di jual beli,
Di penjara dan di hakimi,
Akhirnya menjadi Raja Mesir yang di hormati.
Mesir..
Pernah juga menjadi saksi..
Kekejaman fir'aun berbangsa Qibti.
Ketika itulah Nabi Musa di utus menjadi saksi.
....
Mesir tidak pernah sunyi,
Semenjak zaman berzaman lagi,
En Jamal, En Anwar dan En Husni,
Mesir kini bergolak lagi..
....
Belum bertahun pun aman
Musuh islam dan rakannya sudah tidak tahan,
Seraya mereka lakukan tindakan,
Kudeta menjadi pilihan.
Awalnya nampak damai seolah bertenang,
Pelbagai helah alasan dan cerita rekaan,
Rupanya ia hanyalah konspirasi terancang,
Untuk menyambung siri penjajahan.
Dengan izin Allah,
Majoriti rakyat Mesir tetap tidak berubah,
Tetap berhimpun secara bermaruah,
Di dataran Nahdhah dan Rab'ah.
Jemu memujuk dan berhelah,
Puak tamarrud memulakan langkah,
Memulakan tragedi berdarah,
Berdalilkan hujah pelik, lucu dan t.a.k.b.o.l.e.h..b.l.a.h
....
Kenapa kita masih berdiam diri di Malaysia yang dianggap tenang ini?
Orang Mesir berkorban masa, harta, tenaga, fikiran bahkan darah, demi mempertahankan kebenaran.
Alangkah hairannya kita di Msia, berkorban masa, harta dan tenaga kerana perasaan dan kehendak diri kita..?!
MasyaAllah.
Apakah kita dikatakan bersyukur dengan nikmat Allah menjadikan Msia aman; dengan mengambil jalan "tutup mulut" dan "jadi atas pagar" dalam isu ini ??
Oh bagaimana fikiran kita yang hebat ini boleh terseleweng begitu jauh ??
Bersyurkah seorang hamba, bila dia mendiamkan diri saat kebenaran sedang "dicincang/dirempuh/dihenyak" para penzalim?
Bersyukurkah seorang manusia, bila dia lansung tidak tahu pun.. Kebenaran sedang cuba ditutup dan dihapuskan???
Bersyukurkah seorang rakyat Msia, apabila dia HANYA melihat saudara-saudara se agamanya bahkan saudara-saudara se dunia nya di bunuh dan ditembak dengan kejam hanya kerana berhimpun secara aman tanpa apa2 senjata??...
BERSYUKURKAH?
Bersyukurkah kita..
Bila kita hanya diam bisu seribu bahasa... setelah kita mengetahui betapa dahsyatnya penduduk Mesir di zalimi..
Tidak terfikirkah kita;
Kerana kesalahan apakah para penduduk Mesir lakukan hingga layak di tembak oleh penembak tepat, digelek oleh kereta kebal, di cederakan sewenangnya...???
Sedangkan mereka berhimpun tanpa senjata, tiada keganasan yang dilakukan terhadap orang awam, bahkan mereka bersolat dan melakukan pelbagai lagi kebajikan yang di anjurkan agama.
Mereka meninggalkan keselesaan katil empuk di rumah mereka, mereka meninggalkan gaya hidup selesa dan budaya rehat...
Demi mempertahankan kebenaran.
TIDAK MALUKAH KITA??
Tidak malu kah kita pada Allah.
Manusia lain berkorban bersungguh2, membuktikan iman mereka pada Allah dengan berjuang mempertahankan kebenaran hingga sanggup meninggalkan rutin harian yg selesa.. Bahkan bukanlah mereka tidak tahu, perhimpunan itu bukan sahaj tidak selesa malah bakal mengundang kematian..!
Tapi kita,
Memilih untuk terus hidup normal dan "bahagia" dengan "nikmat" (yg sbnrnya juga bentuk ujian Allah pada hamba-Nya).
Saya bukan menyeru pembaca bangkit dan beli tiket ke Mesir dan berjihad di sana tapi..
Bangkitlah, berjihadlah di Msia ini dgn cara;
Sedarkan masyarakat ttg isu ini, sokong pihak yg mahu membantu rakyat Mesir yg dizalimi..
Baca dan sebarkan berita ini.
Didik masyarakat Msia untuk sensitif dan ambil berat isu ini..
Teruskan berdoa.
Panjatkan doa sebanyaknya.
Moga Allah meredhai segala usaha kita. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan