Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah buat pantai luas dan indah.
Tiada manusia yang rasa 'tertekan' bila melihat pantai..
Maha Suci Allah.
Sungai..
Juga ciptaan Allah.
Dengan kehendak Allah.
Sungai sentiasa mengalirkan air ke laut..
Tidak pernah ia ingkar dan mengalirkan air masuk semula ke bukit!
pokok yang tumbuh..
Sentiasa mengikut peraturan pertumbuhan..
Tidak pernah kita dikejutkan dengan pokok kembali menjadi biji benih!
Allahu akbar.
atau sekawan ikan yg tiba-tiba berenang di udara..
Pernahkah kita melihat fenomena ini?
Tidak.
Kerana Allah telah menetapkan dimana ia perlu berenang.
Alangkah taatnya haiwan tidak berakal ini.
Subhanallah.
Hujan..
Pernahkah kita melihat hujan naik ke-atas?
TIDAK.
Hujan sangat patuh pada perintah dan hukum Allah.
mata kita sendiri.
Pernahkah ia ingkar dari 'kehendak' kita bila kita mahu melihat ataupun bila kita mahu tidur?
Allah Maha Besar...
Mata kita tidak pernah gagal menjalankan tugasnya.
Walaupun kita mengarahkan mata untuk melihat perkara dosa!
Astaghfirullah.
Mulut kita..
Pernahkah kita 'terkunci' disaat kita mahu berkata-kata??
TIDAK.
Mulut sentiasa sedia menjalankan tugasnya tika kita mahu bercakap dan makan.
Jantung kita..
pernah kah ia meminta 'rehat' sebentar kerana 'penat' melakukan tugas hariannya??
TIDAK PERNAH.
Ya Allah ya Tuhanku..
tapi manusia...
yang Engkau ciptakan begitu sempurna..
Lengkap segala sesuatu..
Seluruh isi dunia telah diciptakan utk nya..
Masih tiada segan silu melakukan kemungkaran..
Tanpa rasa menyesal..
Dan memohon 'rehat' sebentar dengan pelbagai alasan 'yg dihiaskan'..
dari tugasan harian mereka..
sebagai hamba dan khalifahMu.
Ya Allah, kami mohon ampun dariMu kerana kecuaian kami, kejahilan kami dan kemaksiatan kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami, jadilah kami orang yang rugi..
Tunjukilah kami kejalan yang lurus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan