Jumaat, 25 Oktober 2013

Parkir kereta koksey

Sooo long no update.

Allahu akbar walillahi hamd.

Patutlah Allah buat peraturan harta pusaka.. Kerana harta, manusia sangat berpotensi bermusuhan sesama sendiri. Tidak kira apa pun pangkat dan taraf hidup.

Memberi dan menyedekahkan harta adalah perbuatan yang di anjurkan agama.

Tapi menggunakan harta dan barang orang sewenangnya tanpa kebenaran seolah-olah hak milik sendiri hingga mengganggu empunya amanah melaksanakan tugasnya, bukanlah sesuatu yang elok di sisi Allah.

......

Bersabarlah dengan kerenah manusia yang pelbagai.

Dan janganlah kita sengaja mencabar kesabaran manusia lain hanya kerana ketidakpekaan kita pada keperluan orang lain.

......

Selamat mencari parking terbaik. Tak langgar undang2 dan tidak membuatkan para jiran atau tuan rumah naik angin kerana sikap tidak bertimbang rasa kita..

.....

Allahu akbar walillahi hamd.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Berusaha mendidik diri

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maha Bijaksana Allah yang menciptakan manusia pelbagai rupa, binatang pelbagai jenis, pokok yang banyak dan bermanfaat untuk seluruh kehidupan.

Jarang.

Jarang sangat kita bilang kehebatan Allah. KeDAHSYATan Allah dalam segala-gala urusan.

Bahkan lebih kekok lagi..
Kita rasa pelik dan bosan untuk membilang kehebatan-Nya.

Buktinya?

Kita bosan bila dengar orang cakap

"hebatnya Allah mencipta manusia yang serupa mata hidung mulut tapi cita rasa berbeza"

Kita juga bosan bila ustaz mula kan ceramah dengan

"Allahu akbar, Allahu akbar.. Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan kita utk hadir hari ini.. Dengan sebab2 yang telah Dia susun kan, kita mampu...."

>> mungkin kita tak cakap "kita bosan.."

Tapi..

>> bahasa badan kita menunjukkan kita sangat bosan..

..........

Bila orang cakap kebesaran Allah, kita main talifon game kebabom 3 sekali..
Bila orang sebut2 nama Allah, kita tak rasa apa2 pun.. Silap2 takperasan pun.. T_T.
Lagi 'dahsyat'..
Bila orang sebut2 Allah dalam perbualan mereka kita cakap "dia dh mula dah"..
............

Itu orang yang bercakap.
Kalau nak tunggu kita yang cakap?

Lansung 'tak lalu'..
Tak sedap kot.

Kita lebih sedap bercakap tentang jiran sebelah rumah gaduh dengan suami dia.

Kita juga sedap sangat bercakap 'pelik'nya sedara dan kawan2 kita dalam kelakuan sehariannya.

Kita lebih berminat bila dengar tajuk perbualan "artis tersebut telah buka kembali tudungnya dan artis itu kena tahan mengedar dadah"..

Kita lebih suka menyatakan ketidak-puasan hati kita pada kekurangan-kekurangan manusia yang sebenarnya boleh kita tolong lengkapkan..

Kita lebih suka mencela kelemahan2 akhlaq manusia kerana kecuaian mereka mengingati Allah dari memuji Allah dan beristighfar ketika kesabaran kita tercabar..
.......

Astaghfirullah...
Mungkin kita rasa amal kita banyak..
Solat sunat rawatib, solat witir..
Sedekah kepada masjid..
Wakaf tanah...

Tapi..

Hari2 kita memperlekeh suami..
Hari2 kita mengulang kisah2 yang mengaibkan anak kita.
Hari2 kita duduk dan melihat (menonton di tv) perkara2 yang diharamkan Allah tanpa sedikit pun rasa bersalah..

Bila ada insan prihatin membuat cubaan menegur.. Belum sempat dia gerakkan bibir..
Kita dahulu telah berceramah 'kelemahan2 insan tersebut'..

.....

Entah bila kita akan sedar betapa BESARNYA ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITA..

Dan tidak tahu bila kita akan minat dan benar2 jatuh cinta pada-Nya.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Menjadi seorang hamba yang jujur di sisi Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Berjalan melihat ciptaan Allah memang menarik. Banyak pengajaran dan pelajaran. Antara perkara paling menarik adalah berbilangnya manusia.

Bukan sahaja rupa dan warna kulit.. Bahkan sifat dan sikap mereka..

Ada yang mencuit hati, ada yang menyakitkan hati dan ada yang lansung tidak menyentuh perasaan.

.......

Kefahaman islam yang betul sepatutnya melahirkan manusia yang beriman dan benar dalam tingkah lakunya. Iaitu perbuatannya seiring dengan apa yang ada dihatinya..

Susah.

Melayan manusia sejujurnya.
Bukan jujur kepada manusia sahaja, malah lebih elok lagi bila jujur kepada Allah.

Jujur kepada Allah dlm menyantuni manusia?
Tidak pernah dengar? Atau kali pertama dengar?

Jika bukan kali pertama.. Pasti anda tahu maksudnya.. Anggaplah ini sebagai perkongsian seorang manusia biasa tepi jalan.

Tazkirah.
Peringatan hanya berguna buat org beriman.

......

Jujur pada Allah dalam menyantuni manusia.
Bila kita berusaha meluruskan hati.. Menyabarkan hati melapangkan hati sebagai mana sabar dan lurusnya kita.. Melakukan suatu kebaikan dan memberi layanan kepada manusia secara fizikal dan perbuatan.

Berapa banyak layanan kita selama ni hanya di muka dan tangan.. Lebih teruk lagi hanya pada duit dan harta benda.. Tidak hairanlah manusia terlibat tidak "bersyukur" dengan layanan kita.

....

Hati.
Ia tidak dapat dilihat dan dipegang. Tapi ia mampu di'rasa' oleh manusia dan dinilai oleh Allah. Bukankah ini tanda kekuasaan Allah?

Allahu akbar.

....

Susah?

Taklah.

Senang.

Jujur bukanlah cakap tidak berlapik sebagaimana yang di sebut2 oleh sesetengah pihak.

Tapi jujur sebenarnya adalah sifat benar hati dan perbuatan (termasuklah perkataan dan tingkahlaku) di sisi Allah.

Dengan kata Allah, apabila suatu perbuatan kita di pandang oleh Allah; tiada percanggahan dengan hati.

Maha suci Allah.

Hebat dan indahnya islam..

Bukan sahaja mengajar manusia agar cemerlang mengurus perbezaan pendapat dengan berlapang dada sesama mereka, malah ia turut mengajarkan manusia agar tidak ada percanggahan di dalam diri invidu itu sendiri..!

Masihkah kita enggan mengikut suruhan dan larangan-Nya??

Ya Allah berilah kami kekuatan utk terus beribadah kepada-Mu. Ampunilah kami di atas keterlanjuran kami.. Jika Engkau tidak mengampun kami, jadilah kami orang yang rugi..

Khamis, 3 Oktober 2013

Tahu sedar

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Menjalani hidup seharian bukanlah untuk memenuhi hasrat hati sebagai manusia, bahkan ia sebenarnya untuk memenuhi hasrat Ilahi yang telah menjadikan kita hidup mendiami bumi.

Mengetahui Allah itu Tuhan Maha Besar tidak sama dengan menghayati kebesaran-Nya dalam kehidupan.

Tahu tidak sama dengan faham.
Tidak tahu tidak sama dengan enggan.

Mengetahui sesuatu belum tentu faham.
Sekalipun faham belum tentu menghayati..

Seperti perbuatan makan gula.

Tahu gula manis tidak sama dengan orang yang memahami kemanisan gula.
>> orang yang belajar tentang gula manis tidak sama dengan orang yang makan gula.

Orang yang memahami kemanisan gula tidak sama dengan orang yang menghayati kemanisan tersebut.
>> orang yang makan gula tidak sama dengan orang yang makan dan memanfaatkan gula untuk memasak dan menyedapkan makanan.

Sekarang.

Orang yang mengaku islam.. tidak sama dengan orang yang tahu tentang islam.

Bahkan..

Orang yang tahu Islam tidak sama dengan orang yang mengamalkan islam..

Maha Suci Allah.

Tidak salah mengaku islam dan tidak salah untuk tahu.. berilmu Islam..
tapi ia perlu di sempurnakan dengan AMAL.

Mengaku dan tahu itu perlu disempurnakan dengan AMAL.

Firman Allah s.w.t dari surah Al-baqarah: 208

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam secara keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan.
Bukan sekadar mengaku Islam atau menjadi orang yang tahu serba serbi tentang Islam..
Tapi amal..
KOSONG.
Lansung tidak menggambarkan ISLAM.

Allahu akbar.

Alangkah malunya kita pada Allah.
Mengaku menurut agama-Nya..
Lebih malu lagi..
Bukan main lagi kita bersyarah dan ceramah betapa sempurna agama-Nya.
TAPI..
dukacita..
amal kita..
tidak mampu "bercakap" sekuat suara kita berceramah dan mengeluarkan pendapat di medan cakap.

Astaghfirullah.
Ampunilah kami ya Allah.

Dari surat cinta Allah di atas..
Jelas menunjukkan; apabila kita mengambil islam secara separuh-separuh maka kita akan mengikut jejak langkah syaitan..

..........

Orang mengumpat..
Kita mengumpat orang yang mengumpat.
Bukankah sama sahaja?

Orang mengata.
Kita mengata orang yang mengata.
Bukankah sama sahaja?

Orang lalai.
Kita mengawasi (memerhati) orang lalai sambil lalai terhadap tugas utama kita.
bukankah 2 x 5 sahaja?

Ya Allah..
Kami pohon pada-Mu agar kami sentiasa mengingati-Mu..
Basah lidah kami dengan zikir pada-Mu.
Hati yang sentiasa tenang dengan ingatan pada-Mu.
Anggota yang sentiasa bersyukur dan kuat beramal hanya kerana-Mu.

....

Berjuang dikala semua orang sedang berjuang.
MUDAH.

Berjuang dikala semua orang melaungkan perjuangan.
mungkin SEDIKIT MUDAH.

Berjuang dikala semua orang melupakan perjuangan
tidak ada lagi MUDAH.

Inilah PENGORBANAN.

orang yang tahu erti pengorbanan tidak sama dengan faham erti pengorbanan dan..
pasti tidak sama dengan orang-orang yang BERKORBAN (menghayati)

Semoga berjaya menghayati ibadah KORBAN yang tidak lama lagi akan berkunjung..



Entri terkenal