Sabtu, 16 November 2013

To be fair means to be aware

Adil saksama.
Bijak sana.
Berjaga-jaga.

Memerhati bukan mencari ruang untuk meremeh-remehkan.

Berkata bukan untuk menyakitkan.

Bergaul bukan untuk memenuhi kepentingan.

Melaksana undang-undang bukan untuk menghukum dan mencari kesalahan.

.....

Habis utk apa memerhati, berkata, bergaul dan melaksana undang-undang?

.....

Kerana dgn memerhati, berkata, bergaul dan melaksana undang2 lah, kita menggunakan adil saksama, bijaksana dan berjaga-jaga.

Ketiga-tiga sifat ini (adil saksama bijaksana dan berjaga-jaga) adalah kesan taqwa..

Taqwa adalah sifat hati-hati menyusuri kehidupan ini kerana takut pd siksaan Allah tapi dalam masa yg sama sangat mengharap keredhaan-Nya.

.....

Memerhati, berkata, bergaul dan melaksana undang-undang kerana ia sebahagian dari islam yang kita anuti.

Sebahagian.

Nama dan penampilan juga sebahagian islam.. Sebahagian bukan bermaksud cukup..
Maksudnya ia masih perlu bahagian lain untuk dilengkapkan.

.....

To be fair is to be aware.
Menjadi adil itu dengan berhati-hati.

Menjadi penganut islam yang adil..
Memasuki islam secara keseluruhan..
Mengamalkan islam dengan adil dan hati-hati..

Tidak mungkin mampu menganuti islam dengan adil jika tiada hati-hati.

.....

ADILKAH kita..?!
Bila mengaku muslim tapi sekadar nama dan hanya menerima sebahagian ajaran islam dan mengabaikan sebahagian yang lain

Berhati-hatikah kita...?!

☆ Bila menerima dan mengamal sebahagian ajaran islam, kemudian menolak sebahagian yang lain..

☆ dlm keadaan kita sebenarnya di status tidak berapa faham ajaran islam (atau lebih teruk) tidak mahu belajar sbb nanti kena buat..

.....

Anutilah islam secara keseluruhan dengan penuh hati-hati dan sepenuh hati.

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri terkenal