Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi
Dari Rasulullah s.a.w bersabda
"Adalah seorang raja sebelum daripada kamu
Tidak menamakan negeri raja itu. Hanya menyebut seorang raja.. Kerana setiap cerita itu utk pengajaran dan pelajaran. tidak penting siapa dan di mana.
Sama juga macam dalam al-Quran, Allah hanya sebut fir'aun.. tidak menyebut yang mana satu namanya..
Al-Quran pun tidak menyebut siapa penentang Nabi kecuali Abu Lahab.
Sama juga kisah Nabi Nuh buat kapal, tiada lah pula tentang kayu koka ke apa ka.
Sama juga tentang kisah Luqman memberi nasihat kepada anaknya, tiada pula di sebut dia berkulit hitam dan putih..
Apa kepentingannya??
Yang penting apakah pengajaran yg kita boleh ambil dari kisah-kisah tersebut.
dan dia ada seorang tukang sihir
tabiat orang besar dahulu ada tukang sihir. Kira macam bomoh la. Sebab dia tidak bergantung pada Allah.
Raja dalam cerita ni mengaku dia tuhan, tapi.. bergantung dgn tukang sihir.
Bomoh pun tahu sebenarnya, raja tu bukannya tuhan pun.. temberang je.
apabila dia sudah tua, dia berkata kepada raja; hantarkan pada aku seorang budak agar aku boleh ajarkannya sihir
bomoh/tukang sihir ni setia, fikir masa depan raja.. siapa nk tolong raja bila dia mati
Maka mereka pun hantarlah kepada dia seorang budak untuk dia ajarkan sihir.
Mereka jemput budak ini, dalam perjalanan ke istana dia terserempak dgn seorang rahib, dia duduk dan dengar rahib ni bercakap.. semenjak hari itu, dia akan singgah dahulu mendengar ajaran rahib itu. Ini menyebabkan dia sentiasa lambat ke istana. Kena pukul oleh ahli sihir kemudian balik lambat ke rumah. Kena pukul dengan keluarga dia pula. Dia mengadu kepada rahib..
Maka Rahib mengajarkan kepadanya untuk menjawab: jika keluargamu bertanya, katakanlah kerana ahli sihir. Jika ahli sihir bertanya, maka jawablah kerana keluargamu..
Ini adalah tauriyah/helah, untuk menyelematkan sesuatu yang lebih besar. Bukan berbohong, betul la lambat kerana ahli sihir tapi kemana pergi tidak diberitahu..
Dalam keadaan pergi balik itu, tiba-tiba dia terjumpa seekor binatang besar yg menghalang manusia. Pada hari ini aku akan tahu siapa yg afdhal diantara dua tokguru ini.
Dia ambil satu ketul batu, kemudian dia doa pada Allah
"jika Engkau suka dengan rahib itu, maka Engkau jatuhkanlah binatang ini"
Maka dia melontarlah. Matilah binatang itu dan orang ramai boleh lalu.
Perkara ini dipanggil karamah, perkara luarbiasa yg berlaku ditangan orang baik-baik untuk membuktikan kebenaran agamanya.
Kemudian dia ceritakan hal ini pada rahib tersebut. Maka rahib itu berkata "wahai anak, Engkau hari ini lebih afdhal dari aku. Kerana peristiwa ini, Allah telah mengangkat darjatmu"
Kita bila jadi tokguru akuilah bila anak murid tu dapat ilmu lebih dari kita.
Telah sampai la engkau ini pada tahap yg mana engkau sampai sekarang. di mana engkau akan di uji
Bila Allah beri dia pengetahuan, maka Allah akan beri ujian yg hebat bersesuaian dgn kadar ilmu yg telah diberikan itu
Jika engkau diuji, janganlah engkau menyebutku. Dan budak itu telah menyembuhkan penyakit buta dari kecik, dia mengubat manusia dari sakit, sehingga berita dia menyembuhkan sampai kepada orang besar raja.
Orang besar ini seorang yg buta. Maka orang besar ini bawa hadiah banyak dan bertemu budak itu. Semua hadiah ini untuk engkau sekiranya engkau dapat menyembuhkan aku
Sesungguhnya aku tak boleh sembuhkan sesiapa pun kerana yg menyembuhkan itu adalah Allah. Jika engkau beriman pd Allah, maka akan aku doa utk menyembuhkan engkau. Maka sembuhlah orang ini. Selepas sembuh, dia masuk dalam majlis raja dan dia mendatangi raja sebagaimana kebiasaan.
Kata raja: siapa yg kembalikan matamu?
katanya: Tuhanku.
Raja bertanya kembali: adakah Tuhan selain aku?
Jawabnya: Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.
Raja pun tangkap dan seksa dia.
Maka orang besar ni tunjuk budak kecik ni.
Maka raja tu cakap: wahai anak, telah sampai sihir mu keperingkat mampu menyihatkan orang buta melihat?
Cara raja nak korek ni pandai..
Menggunakan kebijaksanaan dia untuk korek rahsia budak ni.
Budak tu jawab: aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa. Yang menyembuhkannya adalah Allah.
Budak ni jawab dengan terus terang dan tidak berselindung!
Apabila sampai masa berterus terang dan menegaskan pendirian, seseorang yang faham dan benar pada ilmunya akan bersikap terus terang dan tidak berselindung menyatakan yang benar.
Maka mereka azablah budak ni berterusan sehingga akhirnya budak keciknya menunjukkan Rahib tersebut.
Mempertahankan kebenaran ada bayarannya..
Ia bukanlah tentang cakap hebat semata..
Allah pasti mahukan bukti kebenaran kita dalam berkata-kata..
Jika kita mengaku pejuang Islam, tapi merasakan segalanya licin dan berjalan lancar..
Ketahuilah..
kita belum benar-benar berada di atas realiti jalan dakwah.
Maka orang raja pun menangkap rahib tersebut, dan menyuruhnya utk keluar dari agamanya. Bila dia enggan mereka letak gergaji di tengah kepalanya hingga terbelah dua.
Kemudian bawak orang besar raja tadi, suruh keluar agama, dia pun enggan. Maka dia pun di gergaji terbelah dua. Di bawak pula budak kecik tadi. Tapi dia juga enggan.
Raja kata: bawa budak ni ke bukit sekian-sekian, suruh dia keluar dari agama dia, jika tidak mahu, tolak dia sampai jatuh.
Kenapa raja tidak gergaji kepala dia? Kerana dia sudah ada pengaruh.. Iman sudah merebak.. Cari jalan agar budak tu menyerah.
Apabila sampai di bukit, budak ni baca doa
“ya Allah selamatkanlah aku daripada mereka dengan cara yang Engkau kehendaki”
Begegarlah bukit, jatuhlah askar tu ke bawah.
Budak tu balik jumpa raja.
Raja bertanya “apa jadi dgn orang aku yg ikut kamu?”
Kata Budak itu: Allah telah selamatkan aku dari mereka.
Sekarang raja suruh tangkap budak ni sekali lagi, dan bawak di dalam satu kapal besar. Sehingga di tengah lautan dalam, ugut dia.. Jika dia enggan campak dia masuk dalam laut.
Mereka pun bawa la dia. Budak ni baca doa yang sama. Maka terbalik lah perahu itu dan kembali lah budak ni jumpa raja lagi sekali.
Budak ni cekal, patah balik bagitahu kat raja. Padahal boleh sahaja budak ini pulang ke rumah atau bersembunyi dan duduk diam-diam..
Tapi keyakinannya pada kebenaran membuatkan
Raja pun tanya “ mana askar aku bersama mu?” Dah tenggelam dah semua. Kata budak ni pada Raja “sbnrnya kau tak boleh bunuh aku, melainkan kamu buat apa yang aku beritahu”
Muda.. tapi akal dia masak lebih jauh lebih matang dari orang tua.. Sebab tu tokoh islam ramai orang muda!
Kata raja “apakah caranya”
Kata budak itu:
“kumpulkan rakyat/orang ramai di satu tempat yang luas, saliblah aku, ambil panah letak pada busar dan katakanlah bagi orang dengar –bismillah dengan nama Tuhan budak ini- kemudian lepas lah panah dari busur. Kalau engkau buat macam ni pasti lah engkau boleh bunuh aku”
Seorang pendakwah..
Seorang yang BENAR dengan agamanya..
Seorang yang benar-benar menganut agama Islam yang ada..
Dia tahu dia akan mati dan berjumpa Allah.
Dia tahu dan dia sedar, tidak akan selamanya di dunia..
Dia tahu dia pasti akan mengorbankan segalanya walaupun nyawa
Dia tahu dan buktikan dengan AMALnya..
Untuk memenangkan suruhan Allah dan agama ISLAM..
Kemudian raja itu buatlah apa yang budak ni ajar. Apa bila raja panah terkenalah antara mata dan telinga. Selepas pegang panah yang terkena, syahidlah budak tu.
Lepas tu.. Terus rakyat melaungkan “kami beriman dengan Tuhan budak ini”
“tengoklah raja, apa yang kamu takut sangat ni dah jadi kenyataan”
Kemudian raja memerintahkan untuk membuat parit disetiap jalan dan menyalakan api di dalam nya. Siapa yang tidak mahu patah balik, campak masuk dalam parit. Atau kamu terjun sendiri.
Orang-orang zalim..
sanggup berbuat apa sahaja walaupun dengan membunuh kita!
untuk memastikan kehendak nafsunya tercapai.
Hingga datanglah seorang perempuan bersama dgn seorang anak.. Dia rasa gerun dan kesian kat anak..
Anak dlm dukungan tu kata “wahai ibu sabarlah kerana ibu berada dalam kebenaran”
Apabila Allah s.w.t menghendaki kebenaran, tiada siapa yang boleh menghalang.
Kezaliman dan kebatilan akan kalah!
Islam pasti berjaya.. samada kita bersama Islam atau tidak.
KITA PILIH!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan