Sabtu, 1 Februari 2014

Azan lagi

Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Marilah kita mengerjakan solat.
Marilah kita mengerjakan solat.

Marilah menuju kemenangan.
Marilah menuju kemenangan.

Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan selain Allah.

.......

Tidak susah untuk faham beberapa perkataan dalam azan.

bukan panjang macam kamus.
atau berjela macam ayat sastera.
pendek dan berulang.
kerap pula mengetuk telinga kita.

......

Bayangkan anda sedang melihat matahari terbit.
silau tak?
teerrrranggg sangat kan?!..
tidak boleh pandang pun.
apatah lagi mahu merenung.

cuba fikir berapa besar matahari hingga mengeluarkan cahaya begitu terrrangg.

banding dengan lampu pun cukup.
kalau lampu kecil, sikit sahaja kawasan yg di suluh. jika saiznya lebih besar, maka lebih besarlah kawasan yg mampu di suluh lampu tersebut.

sekarang bandingkan dengan matahari.
besar mana matahari hingga boleh menyuluh alam semesta..?
mata kita pun tidak mampu melihat/menyerap kuasa cahaya yang ada pada matahari.

Siapa pencipta matahari?

yang mencipta matahari pasti lebih BESAR dan BERKUASA dari matahari.

........

Masih belum boleh bayangkah kebesaran Allah?
Masih belum terasakah kebesaran Allah?
Masih belum sampai masakah untuk benar-benar memahami seruan azan?

........

Azan memberitahu kita kebesaran Allah.
Mengingatkan kita akan besarnya Allah.

Azan mengingatkan kita pentingnya mengingati Allah.
Azan mengingatkan kita.. sibuk macam mn pun wajib ingat Allah.

Azan mengingatkan kita...
kejayaan itu dengan mengingati Allah!

Berapa lama dalam sehari kita guna utk mengingati Allah?
dan berapa lama dah sebenarnya kita telah menjadi orang gagal?

Bangunlah.
sahutlah seruan azan.
ingatlah Allah dlm setiap perbuatan dan ibadah.

orang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan tergamak melakukan dosa, walaupun dosa kecil.
orang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan senang hati dengan dosa.
orang sentiasa mengingati Allah tidak akan membiarkan diri dalam dosa.

kerana orang yang sentiasa mengingati Allah tahu, rasa dan ingat betapa BESARnya Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal