duduk sejenak...
selepas kelam kabut sepagi melayan kerenah pesakit dan staff seangkatan.
letih.
bila melihat matahari..
matahari tidak pernah letih memancarkan cahaya.
air tidak pernah bosan mengairi bumi.
pokok tumbuh menjulang ke langit..
tidak pernah sekali ia buang tabiat tumbuh ke ke bawah masuk ke dalam tanah.
.....
diri sendiri.
jantung berdegup tidak pernah minta cuti.
darah mengalir tidak pernah 'tukar angin' untuk mengalir arah lain.
mata sentiasa bersedia melihat bila kita mahu lihat...
.....
kita kah yg mengarahkan darah jantung dan mata kita agar sentiasa berfungsi?
TIDAK.
Tapi mengapa kita masih sombong tak tentu arah?
perbuatan kita seolah-olah kita ini begitu mulia dan tiada dosa.
kata-kata kita seperti kita tidak pernah buat salah.
.....
bertaubatlah sementara anggota badan masih 'diam' tidak bersaksi.
sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan