Selasa, 20 Mei 2014

Mengubah paradigma 3

sambungan....

selepas mengetahui maksud mengubah paradigma..
marilah kita memahami bagaimana kita paradigma mempengaruhi tingkah laku kita.

contoh 1

siapa pernah sentuh api? jarang kita jumpa orang yang sentuh api suka-suka..
kerana kita ada satu paradigma..

Api itu panas.
Jika dipegang terbakar.

hasilnya

kita tidak pegang api suka-suka.
kita tidak nyalakan api sewenang-wenangnya..

contoh 2

hantu.
kita percaya hantu itu hodoh.
kita percaya hantu lah makan darah manusia.

bila kita jumpa benda hodoh..
kita jadi TAKUT!

padahal katak puru je kot!

contoh 3

lapar.
kita rasa dan percaya..
bila lapar kena makan..
barulah hilang lapar..

maka bila kita percaya kita lapar, kita pun makan.

Ada ke orang hilangkan lapar dengan membuang di tandas atau hilangkan lapar dengan bermain?

....

begitulah paradigma kita

Api itu panas.
Jika dipegang terbakar.

hantu.
kita percaya hantu itu hodoh.
kita percaya hantu lah makan darah manusia.

lapar.
kita rasa dan percaya.. 
bila lapar kena makan.. 
barulah hilang lapar..

menghasilkan tingkah laku sebagai mana tertulis.

sekarang..

mari kita langkah setapak lagi.
Adakah semua set pemikiran kita terhadap sesuatu benda itu betul???

penilaian betul salah itu dari diri kita sendiri kah?
atau berdasarkan kebiasaan keluarga, bangsa, masyarakat atau adat??


dari mana datangnya paradigma kita selama ini...
dari manakah datangnya corak dan dasar utama pemikiran kita selama ini?

terpaksa sambung lagi....


Ahad, 18 Mei 2014

Lama dan baru

Lama banyak pengalaman tidak semestinya banyak ilmu.
Baru tapi banyak ilmu tidak semestinya tidak banyak pengalaman.

...

Sudah lama hidup cara yang salah..
Bila datang orang baru..
Bersemangat mencari jalan membaiki 'cara salah' itu..
kata pengalaman

"kami dah lama dengan cara itu, boleh je hidup"

...

Kenapa praktis macam ni?
Dah biasa.. turun temurun macam tu.
Tidak pernah siapa-siaa tegur selama ni.
Lagi pun tiada siapa yang mati kerana 'salah' ini.

>> ok, do we want to wait for somebody to die first than only we admit that was and is totally wrong?

...

saya sudah masak cara ini 20 tahun.
anak saya sihat je.
pandai dan kaya-kaya pulak tu.
awak yang hidup setahun jagung tu nak betulkan saya?

>> ok, should we get 'problematic' children first to learn parenting?

...

ia mungkin tentang CARA kita mengingatkan..

Mahu seribu cara, tidak mahu seribu dalih.
Jika mahu makan, kita cari juga sampai dapat.
Kalau tidak mahu makan, duduk depan mata pun kita malas suap.

thus TRY TO IMPROVE MYSELF concomitantly your surrounding!

Jumaat, 16 Mei 2014

span

Dalam bahasa Inggeris ejaannya

sponge

 a material that can absorb

atau

act of cleaning.

.....

Berjumpa manusia setiap hari..

Ada yang tenang.
Ada yang kelam kabut.

Ada yang hilang arah tiba-tiba.
Ada yang mencebik muka tidak tahu kenapa.

Ada yang senyum gembira
Ada yang senyum bahagia.

Ada yang cakap banyak tidak terhingga.
Ada yang diam seribu bahasa.

...

Ada manusia bersih..
Ada manusia kotor.

Ada manusia sangat kuat dan menjaga geloranya agar tidak tersebar
Ada manusia sangat lemah hingga begitu mudah menyebar gelombang dan geloranya pada manusia sekeliling.

Kita tidak akan mampu menahan 'penyebaran gelombang' tersebut tidak kira baik atau tidak baik.

Tapi kita mampu SPONGING!

InsyaAllah.
Selamat melakukan kerja-kerja sponging.



Rabu, 14 Mei 2014

Nah jagalah ia

Assaalamualaykum warahmatullah

Pada suatu hari selepas bertahun-tahun di latih untuk menjaga barang penting.
Akhirnya dia lulus diterima sebagai penjaga barang tersebut.

...

Datanglah seorang manusia yang dia hormati dan berkata..

"saya mahu barang itu.. tapi saya tidak cukup syarat utk mendapatkan barang tersebut"
"bolehkah beri saya sedikit?"

selepas bertahun diberikan kursus menjaga barang...
adakah senang-senang kita berikan barang pada orang tersebut walaupun dia seorang yang berpengaruh besar?

...

Beberapa hari kemudian datanglah seseorang yang berkepentingan.. orang yang penting.. penting untuk dia menjaga hubungan peribadi dengannya..

meminta barang jagaan dia.. sedikit sahaja orang penting itu minta. tidak luak pun jika dia berikan sebagaimana permintaannya. Sama ciri dengan permintaan pertama tadi.. tidak cukup syarat yg telah di tetapkan tuan punya barang..

adakah patut dia berikan padanya?

...

Anggota badan kita amanah dari siapa utk kita jaga?
Pakaian dan harta kita, amanah dari siapa untuk kita jaga?
Duit gaji dan harta kononnya harta kerajaan.. amanah dari siapa untuk kita jaga?

Jika tiada pun peraturan dari manusia untuk kita menguruskan segala yang tersebut..
bukankah setiap amanah itu ada pemiliknya??

Bagaimana mungkin kita sewenang-wenangnya memberi sesuatu yang bukan HAK kita dengan dalil..

kita tidak boleh berkira sangat nanti takde kawan!

Khamis, 1 Mei 2014

kita rs kita betul

Duduk dlm bilik.

tapi sebenarnya selak langsir dan memerhati gelagat org...

Tidak cukup dgn aktiviti mengintai..
Bersyarah pula dgn perbuatan-perbuatan manusia yg kita lihat tadi..

Seolah-olah, kita sahaja yg betul.

.............

Kita rasa kita betul?
kat mana yg betul tu?
sy tidak dapat melihat kebetulan dalam perbuatan ni.

.............

Orang pergi ke masjid lambat..
sekurang-kurangnya dia ke masjid.
kita yg mengintai ini lansung tidak pergi masjid.
siap mengutuk pulak tu..

Ya Allah ampunilah dosa kami.

Entri terkenal