Ahad, 26 Oktober 2014

Ada apa dengan Parlimen Belia?

Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh

Selamat malam dan selamat tahun baru 1436H.

Pengenalan/latar belakang

Seperti biasa mutiara bd akan menulis gaya sembang-sembang kedai makan tapi dengan tajuk sedikit serius. Parlimen Belia..

Ini bicara politik kah?
Kadang-kadang kita meluat dengar orang cakap degang-degang dan kita akan tutup topik yang agak politik pada pandangan kita itu dengan komen "politik kotor!" ditambah dengan rencah rasa meluat.
Habis sekian terima kasih.

Malas berbicara soal politik.
Susah.
Kalau salah cakap, buruk padahnya.

Benarkah sangkaan kita?


Kisah bermula

Pelawaan menjadi calon parlimen belia bukanlah pelawaan menarik seperti belanja makan di kedai makan sedap selesa berhawa dingin.



atau mimpi indah duduk dalam taman bunga



Pening serabut.
confius.
Bercampur baur rasa hairan, pelik berbelah bahagi.

Betul ke aku nak jadi calon?
Berlaku konflik diri yang amat hebat. -_-'

Sudahlah dengan persepsi "pelbagai" dan "bercampur" antara suka dan tidak suka terhadap perbincangan parlimen sebenar.





Akhirnya

Apa sebenarnya politik?

menurut kamus dewan edisi ke-empat; politik adalah segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain.

atau (berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2008-2014: http://prpm.dbp.gov.my/); bahasa mudahnya ilmu kenegaraan.

Maka; politik bukanlah sesuatu yang kotor pada asal kejadiannya ^-^
Ia sesuatu tentang negara dan pengurusan sebuah negara.

Bukankah kita semua tidak kira kanak-kanak, belia, remaja, dewasa mahupun warga emas adalah salah seorang yang menduduki sebuah negara?

Sebagai seorang warganegara..
Kitalah yang mencorakkan politik di negara kita, walaupun kita bukanlah seorang Perdana Menteri atau memegang mana-mana jawatan penting dalam negara.

Jadi sebenarnya, kita..

seorang rakyat biasa yang menjadi anggota negara atau bahasa biasanya warganegara

yang memilih jenis politik apakah yang akan dimainkan dalam negara kita..

dengan cara.. memilih siapa pemimpin kita.




ok, jelaskah penerangan ini?
Jika anda memang tidak minat sila lah bersabar.


Kerana meluat memang susah nak hilang selepas sekian lama terlekat dan tertempel dalam hati.

Penutup

Saya mahu politik yang bersih, jujur dan amanah.
Saya mahu politik yang membela kebenaran..
Tidak kira siapa pun yang bakal menjadi pemimpin kelak.

Jika saya tidak bersungguh-sungguh buat apa yang saya mahu....
Pada siapa lagi saya menaruh harapan?

Yalah, pasti dan sesungguhnya pada Allah Tuhan saya.
Tapi bagaimana Tuhan mahu beri jika saya tidak membuktikan saya memang hendak?

Oleh itu, bersempena dengan tahun baru 1436H..

Berhijrahlah kita dari pemikiran lama yang sempit dan terbatas sejauh pengalaman diri sendiri, kepada pemikiran yang lebih luas merentas masa, bangsa dan negara!

Menang ke tidak bukan cerita penting.
Cerita penting adalah USAHA warganegara khususnya belia untuk membela KEBENARAN..

kerana

BELIA PENENTU MASA DEPAN NEGARA!

Sabtu, 18 Oktober 2014

Belia penentu masa depan negara

Jika anda seorang arkitek,
Apa yang anda buat bila mendapat sehelai kertas?

Jika anda seorang pegawai perubatan,
Apa yang anda buat bila mendapat segelas air?


Jika anda seorang tukang sapu,
Apa yang anda buat bila mendapati sampah?


....

Jika anda seorang belia..
Apa yang anda buat bila..

...


مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا 

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Surah Ahzab: 23


Jika anda seorang belia..
Belia yang bagaimanakah yang akan kita jadi?

Jika anda seorang belia,,
Belia bagaimanakah yang akan menjadikan negara cemerlang?

Jika anda seorang belia..
Tahukah anda, belialah penentu masa depan negara.

..



Sedarkah kita siapa para pemimpin hebat sekarang suatu ketika dahulu?
Mereka adalah belia.

Pernah lihat orang tua mengemis tidur tepi jalan?
Siapakah mereka suatu ketika dahulu?
Mereka pernah menjadi belia.

Pernahkah kita memerhati siapakah ibu bapa kepada anak-anak cerdik pandai sekarang?
Mereka juga belia suatu masa dahulu.

Perasankah kita..
Siapa ibubapa para remaja bermasalah, penjenayah dan penyalahgunaan dadah zaman sekarang?
Mereka adalah belia pada zaman dahulu.

....

Jika hari ini, kita menjadi seorang belia yang amanah dan bertanggungjawab;
Esok negara kita aman dan makmur dari salah guna kuasa.

Jika hari ini, kita menjadi seorang belia yang korup dan pilih kasih;
Esok negara kita penuh dengan rasuah dan penindasan.

Jika hari ini kita seorang belia yang tahu kepentingan pendidikan;
Esok negara kita punya banyak generasi pelapis yang berilmu pengetahuan.

Jika hari ini kita seorang belia yang hanya mahu seronok dan tidak tertekan;
Esok negara kita penuh dengan hiburan dan aktiviti melalaikan.

Jika hari ini kita seorang belia yang mencintai kebenaran dan berpegang pada janjinya.
Maka esok..
Kukuhlah negara dari segenap segi kerana sikap memenuhi janji dalam kalangan masyarakatnya!



Isnin, 6 Oktober 2014

Tidakkah kamu mengambil pengajaran

Assalamualaykum dan selamat hari raya korban..


Siapa tidak pernah melihat kereta?
Sesiapa sahaja yang bermata pernah melihat kereta.

Jarang ketemu seorang manusia yang tidak pernah melihat kereta kecuali si buta..
.....

Kisah benar dia dan kereta

Babak 1
Alhamdulillah hampir genap 2 tahun 3 bulan menggunakan kereta yang dibeli tanpa hutang. Bukan senang menyusun bajet dan mengawal perbelanjaan supaya kerera dapat di beli tepat pada masanya tanpa menjejaskan perbelanjaan harian.

Babak 2
Hampir sebulan kereta mengeluarkan bunyi yg bukan kebiasaan.

Bawa jumpa tukang.
Tanya orang arif...
cari punya cari..



Sudah melepasi 2 bulan.
Bunyi masih mengganggu, walaupun bukan selalu..

Babak 3

Hinggalah pada suatu hari.

Sambil membasuh kereta dan membelek-belek enjin, air bateri dan minyak hitam.

"kenapa la kereta aku ni berbunyi.. tidak nampak seperti ada benda longgar. kipas longgar? bukan jugak.. tiada bunyi pun ketika kereta tidak bergerak.."

Babak 4

Akhirnya selesai membelek kereta.

Barulah dia terfikir.

Kereta ini memang tidak boleh bergerak melepas had laju lebuhraya; 110 km/j.
Kereta ini ringan.

Modelnya tidak sesuai untuk dipandu laju dan jarak jauh..
Bila dipandu terlalu laju dan sentiasa jauh..
Pastilah ada bunyi kerana gegaran kuat..
Gandingan pecutan 120 km/j selama 2 jam lebih, hampir setiap hari..
Menyebabkan kereta ini terpaksa bersuara..

........

Pengajaran 1

Kisah dia dan kereta itu kisah benar.
Ceritanya mudah.
Tidaklah begitu menarik.
Tetapi ia tetap sebuah cerita kehidupan yang boleh di ambil pelajaran.

Mahir mengawal kereta apatah lagi ketika laju meluncur, tidak cukup untuk bergerak dengan selamat di jalan raya.

Pemandu yang mahir tetap memerlukan satu sistem kereta yang canggih dan berteknologi tinggi agar dapat menahan tekanan dan meyerap gegaran secara optimum.

Mari kita kaitkan peristiwa ini dengan kehidupan seseorang dalam sebuah masyarakat.

Seorang individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik, tanpa sokongan dan kerjasama dari sebuah masyarakat yang berilmu, memahami dan penuh belas ihsan.

Menjadi sebuah negara maju dan makmur itu kerjasama sebuah masyarakat yang berilmu, memahami  ilmu dengan hati dan anggota badan pula berusaha bersungguh-sungguh mejadikan ilmu itu sesuatu yang hidup dan bergerak.

......

Pengajaran 2

Jika kisah benar seorang manusia biasa..

Mempunyai nilai dan pengajaran hidup yang sangat besar kepada diri sendiri dan para pembaca..
Bahkan ia bukan sekadar pengajaran buat kita kagum atau terfikir sendiri dan berkata "ha'alah"

Tetapi kisah benar dan sejarah orang biasa ini membantu seorang manusia hidup dan bergaul dalam masyarakat.

Maka;

Apakah kisah hidup seorang tokoh, orang soleh serta Nabi dan rasul yang Allah ceritakan dalam Al-quran itu sia-sia sahaja?

Pernahkah kita terfikir apa pengajaran kisah Nabi Ibrahim a.s:

  1. di bakar hidup-hidup
  2. keengganan ayah Nabi Ibrahim menerima seruan baginda
  3. perkahwinan yang tiada anak, meninggalkan isteri di padang pasir hingga kisah poligami
  4. mimpi menyembelih anak
  5. membuat kaabah
  6. siri-siri doa Nabi Ibrahim a.s yang sangat banyak dalam al-Quran.
Sedangkan Nabi Ibrahim bukanlah Nabi akhir zaman yang di utuskan kepada seluruh manusia di dunia sebagai mana Nabi Muhammad s.a.w..





Kerana kisah benar yang berlalu (sejarah) >> boleh mengubah dunia!
Jika kita mengambil pelajaran.



nota kaki: pastikan dahulu kesahihan cerita sebelum mahu dijadikan bahan pelajaran dan pengajaran.

Entri terkenal