Selasa, 29 Disember 2015

Bangkitlah wahai insan

Catatan ini tanpa gambar.
Ayat Quran?
Hadith?

Pandanglah masyarakat sekeliling..
Malaysia, Negara Jiran dan Dunia.

Apa yang sedang berlaku?
Dunia,
Tenangkah?
Atau penuh dengan prasangka dan rasa tidak selamat..

Dunia,
Penuh dengan kedamaian dan kebahagiaan?
atau perang sengketa entah dari mana kisah dan cerita..

Negara Jiran,
Senang hatikah kita sebagai jiran?
atau hati penuh dengan kesangsian?

Malaysia,
Sebanyak mana wanita mengandung luar nikah..
Memalukan
Menekan jiwa
Merobek maruah

Malaysia,
Puas hatikah kita sebagai penduduk?
Saling bersangka baik dan berlapang dada kah kita?
atau sentiasa mencari peluang berprasangka dan menerkam mangsa..

Malaysia,
Penipuan, rasuah bermaharajalela,
Dosa pahala entah yang mana,
Campur semua rojak belaka..

Malaysia,
Indah pemandangan
Subur tanaman..
Dimanakah iman??

Malaysia,
Sebagai rakyat..
Peranan kita??
Cukupkah sekadar membaca dan berdoa..?

Jumaat, 6 November 2015

Surah At-taghabun seterusnya

Masih dalam ayat kedua:

وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.

Atau seperti yang telah tertera dalam catatan lepas, Maha Melihat Allah ini bermaksud penglihatan Allah yang lengkap dan mengetahui dari segala segi hingga mustahil untuk kita menyembunyikan apa sahaja perkara dari Allah..

>> Menyebabkan kita sebagai manusia tidak mampu memberikan alasan atas keingkaran atau pendosaan mereka..


هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 

 Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing) 
(ayat 2)

Perhatikanlah..

>> Allah menciptakan kafir dan mu'min dan Allah Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan..

Dengan susunan perkataan lainnya:

>> Allah bukan "menetapkan beriman atau kafirnya kita" atau lebih tepat, bukanlah Allah memilihkan untuk kita menjadi kafir atau mukmin.. Dan Allah Maha Mengetahui segala keputusan dan PILIHAN kita (apa yang kita kerjakan)!



Perkara 4

Allah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk seperti di dalam ayat 3.

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.

Allah menyebut-nyebut kebaikan penciptaan manusia; atau Allah begitu berbangga dengan hasil ciptaan terbaikNya.
Manusia di cipta dengan kepelbagaian umur, paras rupa, akhlaq, kemampuan dan kemahiran..
Tua ke muda tetap cantik dan terbaik.

Semuanya ciptaan TERBAIK dari Allah!

Hasil carian imej untuk langit

Langit dan


Hasil carian imej untuk bumi

Bumi...
Diciptakan Allah dengan KEBENARAN dan di bentuk atau "moulded" dengan sebaik-baik bentuk.
Bukankah kita manusia adalah sebahagian isi langit dan bumi ?

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Ayat seterusnya akan bersambung dalam edisi lain insyaAllah..

Jumaat, 30 Oktober 2015

Surah At-taghabun

Mempelajari al-Quran dengan cara menarik dan sangat menyentuh hati.

Tulisan di bawah adalah ubahsuai dari ceramah Sheikh Nu'man Ali Khan.

Latar belakang surah

Surah ini di turunkan pada orang beriman..
Kepada pelbagai jenis orang beriman (eh orang beriman pun ada pelbagai jenis rupanya).

Orang beriman:

  • baru sahaja beriman
  • lama sudah beriman
  • senang sahaja beriman
  • terpaksa bersusah payah untuk beriman
oleh kerana ini, surah At-taghabun ini sedikit Makkah dan sedikit Madinah bunyi isi dan bentuknya.

Kebanyakan kita pula bagaimana?
- biasanya Islam keturunan ye tak..

Ibarat Islam keturunan dan Islam baru sahaja peluk ini semacam hadiah lama vs hadiah baru.
Dan inilah sebab orang beriman perlukan peringatan; seperti kata Sheikh Nu'man Ali Khan "refreshment"

Dan kerana inilah awal surah At-Taghabun bermula dengan:

يُسَبِّحُ لِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(ayat 1)

Bermula dengan menyucikan Allah..
Membersihkan Aqidah
MengEsakan Allah..

Sesiapa sahaja, baru atau lama, susah atau senang menjadi orang beriman; perkara utama dan penting dari dahulu hingga sekarang adalah mentauhidkan Allah dan sentiasa beringat..

Inilah asas agama Islam.


Isi penting surah

Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang surah ini..

Perkara 1

Allah membandingkan manusia dengan semua makhluq Allah yang lain

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ 

 Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.(ayat 3)


Seluruh makhluq Allah >> melakukan amal/menuju misi dan visi penciptaan mereka tanpa henti.
Manusia >> apakah kita seperti makhluq lain? sentiasa bertasbih kepada Allah.. Sedangkan kita makhluq ciptaan terbaik..

Perkara 2

Sila rujuk ayat 1 seperti di awal tajuk.

Hasil carian imej untuk al-mulk

Dalam bahasa Inggeris berbunyi "Allah is THE TRUE KING, THE GOVERNANCE"
Maksudnya Raja segala raja..
Allah itu sebuah KeRAJAan..
Pemilik seluruh keRAJAan-keRAJAan.

Biasanya bila disebut tentang kerajaan >> inilah kambing hitam yang sentiasa di persalahkan. Bila negara ada masalah ekonomi, kerana kerajaan. Bila negara ada masalah persekitaran, kerajaan di persalahkan. Bila dunia ada masalah kewangan dan keselamatan, kerajaan juga di persalahkan..

TAPI

berbeza dengan Allah itu AL-MULK.
Allah sebagai satu-satunya autoriti yang kita akan puji bersungguh-sungguh.
Tidak pernah timbul rasa tidak puas hati seperti mana kerajaan-kerajaan selain Allah..

Allah AL-MULK yang mengawal semua sekali
Allah jualah yang memberi apa yang kita mahukan
Maka BERSYUKURLAH..
dengan cara menyucikan Allah seperti dalam ayat 1.

ekoran Allah itu pemilik kerajaan langit dan bumi, pastilah Allah yang mencipta manusia..

Perkara 3

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

 Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing) (ayat 2)

Apa kaitan KAFIR vs MU'MIN dengan ciptaan Allah dan penciptaan manusia?

Hasil carian imej untuk kafir
Dalam bahasa Inggeris; ia bermaksud >> "ungrateful" atau bahasa Msia kita terjemah tidak bersyukur.

Manusia beryukur kerana di cipta Allah akan sentiasa bertasbih memuji Allah seperti dalam ayat 1.
Manusia kafir tidak akan bersyukur dan tidak akan bertasbih pada Allah dalam hidup mereka.

Di hujung ayat 2 ini; Allah memberitahu kita Allah punya penglihatan dan penilaian itu LENGKAP dalam semua aspek (fullview).

Pengetahuan Allah yang sangat lengkap dan dari semua sisi ini menyebabkan kita tiada alasan.
Tiada sebab untuk mengelakkan diri kerana Allah tahu! tahu dalam semua aspek kehidupan kita

bersambung..

Rabu, 16 September 2015

To update soon or when necessary

Hasil carian imej untuk istiqamah

Akan bersambung lagi kelak...

Semoga kita sama-sama melakukan seperti ini.
InsyaAllah

Rabu, 5 Ogos 2015

Pilihan

BAHAGIAN I

Bangun pagi dengan satu pengetahuan..
Apa aku nak buat hari ini,
Ke mana aku akan pergi dan melangkah hari ini..
Bagaimana pengkahiran yang aku mahukan untuk hari ini..

Hasil carian imej untuk visi

Alangkah tenang hidup.

Hasil carian imej untuk tenang pemandangan

Berbanding..

Bangun pagi..
Belum tahu
ke mana akan di bawa pergi
Apa yang akan di lakukan..
Bagaimana pengakhiran yang akan berlaku.

Hasil carian imej untuk tanda tanya

IKLAN I

Tarik nafas, sedut dalam-dalam dan bayangkan ia udara segara dalam hutan bersama air terjun mengalir ke dalam kepala dannn..

Hasil carian imej untuk water fall

hembus keluar nafas perlahan-lahan seperti kura-kura merangkak.. selangkah demi selangkah.

Hasil carian imej untuk walking turtle


BAHAGIAN II

Bayangkan Bahagian 1 itu di lalui oleh seorang individu yang mempunyai perspektif setakat dunia
dan Bahagian 1 itu turut di lalui oleh seorang individu yang mempunyai perspektif dari dunia hingga akhirat.


BAHAGIAN IV

Duduk dan bacalah perlahan-lahan.

Kita datang ke dunia ini untuk apa?
Kemana kita akan pergi selepas kematian?

Adakah Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui mencipta makhluq canggih seperti manusia hanya untuk tujuan hiburan Dia?

Dan berbaloikah kita hidup hanya dengan memilih untuk sentiasa gembira atau sebaliknya tanpa menghiraukan persoalan "untuk apa aku berjalan dan bernafas di dunia sementara?"

Hasil carian imej untuk choose

Apa-apa pun yang kita pilih,

Yang pasti ADA 1 JALAN LURUS yang telah di sediakan oleh Allah.
Yang penting, LURUS di sisi Allah dan bukan lurus dalam pandangan kita, manusia dan masyarakat.

Sabtu, 4 Julai 2015

Belajar erti hidup...

Pakcik Teksi (T): Awak datang dari mana?
Penumpang (P): Saya datang dari negeri D

T: owh patutla tidak hilang loghatnya.
P: oh ya ka.. Pakcik orang mana?
T: Saya pun dari negeri D
P: ooo tapi pakcik dah tidak berbunyi loghat negeri D
T: Ye, sebab pakcik dah lama duduk di Negeri F. Stress kerja kat sana.. Banyak salahsaku tidak terkawal. Pakcik tukar kerja di sini sekarang.

P: ooo.. skrg pakcik tinggal di kawasan mana?
T: pakcik taksewa rumah pun. Pakcik tidur kat mana-mana je. Kat hentian rehat dan rawat atau dalam teksi pakcik bawak ni. 2 minggu sekali pakcik akan balik rumah di Negeri F untuk jumpa isteri pakcik.

P: (Diam terlopong)..

.....

Dalam ramai-ramai manusia di kota serba sibuk dan padat ini..
Rupanya ada orang memilih untuk bekerja 'gila-gila' hingga tidak mengapa tidak mempunyai tempat tinggal..Demi mendapatkan kepuasan dalam kerjaya dan rezeki yg halal. Hanya pulang merehatkan tubuh di rumah yg jauh beratus kilometer setiap 2 minggu.

Dari 1 sisi lain pula..

Inilah persediaan yang sebenarnya di anugerahkan Allah pada setiap manusia..
Keinginan bekerja bersungguh-sungguh dalam kebenaran.
ketenangan dan kepuasan menyumbang dan memberi walaupun kita terpaksa bersusah payah.

Salurkanlah fitrah ini mengikut kehendak Allah.
Allah mahukan kita beramal dan bekerja mengikut panduan dan suruhan-Nya.

Alangkah rugi nya kita bila kita gunakan anugerah bernilai ini hanya untuk KEPUASAN DIRI tanpa mengambil kira keredhaan Allah pada kita.

Ahad, 7 Jun 2015

Ketakutan

Syukur..

Allah beri kita hidup selesa.
Rumah tidaklah mewah.
Tapi indah dan bahagia.

Syukur

Allah beri kita wang ringgit.
Faedahnya berbelanja pelbagai keperluan.
Tanpa duit meranalah hidup.

Syukur

Allah beri keluarga
sumber ceria dan bahagia

Syukur

Allah beri kita kerjaya, pangkat dan nama
Kemana sahaja kita
Dilayan baik dan mulia.

Tapi.
Pada pandangan Allah..
Benar-benar bersyukurkah kita?

Hasil carian imej untuk worried smiley
...

Syukurkah kita bila kita menikmati segala pemberiannya tanpa menghiraukan suruhan dan larangannya?

Syukurkah kita..?
Bila kita takut..
Takut mempertahankan Dia dalam urusan harian kita.

Syukurkah kita..?
Bila kita begitu takut kehilangan pemberian-Nya..

Syukurkah kita..?
Bila kita takut kehilangan pemberian-Nya kerana perjuangan membela agama-Nya?

Syukurkah kita..?
Bila kita hanya menikmati bersungguh-sungguh pemberian-Nya
Tapi kita tidak pernah mengambil tahu suruhan dan larangan-Nya.

Syukurkah kita..?
Bila kita hanya mahu hidup lazat dalam pemberian-Nya,
tapi HATI kita begitu ENGGAN menerima peringatan-peringatan-Nya.




Entri terkenal