Selasa, 31 Mac 2015

Assalamualaykum ustazah!

Assalamualaykum dan selamat malam.

Selamat beribadah dan selamat menyucikan jiwa di malam hari.
Jangan lupa..
Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam untuk mengabulkan permintaan hambaNya.

Hasil carian imej untuk bulan
Melalui riwayat Abu Hurairah r.a:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

"Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta‘ala pada setiap malam turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berfirman: “Siapakah yang sedang berdoa kepada aku supaya dapat aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada aku supaya aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada aku supaya dapat aku ampuni dia"

Semoga kita mendapat kemuliaan ini..

.....

Jika hidup kita penuh dengan pemberian..
Mungkin ia buat kita lupa apa erti syukur dan menghargai..
Sesekali Allah buat kita rasa kekurangan..
Agar kita ingat..
Banyaknya nikmat..
tidak terbilang dengan jari..
Namun syukur kita amat jarang kali

Bangunlah untuk bersyukur pada Allah.
Islam kita bukan percuma.
Hidup juga bukan percuma.

Allah tidak rugi apa-apa..
Jika kita lalai dan alpa.

Letih balik kerja..
Seharian berfikir masalah manusia dan urusannya
Malam tidur lena jenera entah ke mana..
Sedar-sedar pagi matahari menyapa.

Kita yang bernama manusia lah rugi tidak terkira
Bila kita tidur lena sampai ke subuh menjelma.

Bangun lah!

Hasil carian imej untuk tunduk berdoa

Firman Allah dalam surah Sajdah, ayat 15 - 17

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩ ﴿١٥﴾ تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿١٦﴾ فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٧

 Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

 Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.


Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

.....

Tidak perlu jadi ustazah untuk bangun malam.
Jika ada orang tanya apa petua tsabat.
Inilah petuanya.
Hanya pada Allah kita berharap.
Tanpa anugerah dan pemberian Allah, tidak mungkin kita mampu melakukan walaupun hanya mengutip dan membuang sampah yang menghalang jalan.


وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّـهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥ 

 Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Allah dan orang beriman menyaksikan amal kamu.

Hasil carian imej untuk berdoalah

Jumaat, 27 Mac 2015

Pelajarilah sesuatu melalui orang kena banjir

Selamat pagi dan selamat menyaksikan kehebatan Allah di muka bumi.

Saya masih belum dapat melupakan bagaimana hebatnya "hantaran" Allah dalam bentuk air keseluruh negeri Kelantan beberapa bulan lepas.

Ia seperti gergasi hidup.
"Menjalar" dan "merayap" tanpa suara..
Tapi gerakannya sangat pantas meliputi daratan yang mustahil dilitupi air kecuali hujan.

Mengalir deras.
Berarus tetapi tidak mengenal arah.
Hampir kesemua ceruk dan tempat "air" memunculkan diri.
Pastilah dengan arahan Allah Yang Maha Kuasa.
Air adalah makhluq Allah yang diciptakan tiada pilihan -taat atau derhaka-

Ya..
Kita manusia yang Allah berikan kuasa memilih -taat atau derhaka-

Hasil carian imej untuk Allahu akbar

saat itu, 
terasa BENARnya KIAMAT,
terasa DEKATnya hari kehancuran bumi,
terasa tiada tempat lagi untuk seorang manusia lemah ini lari.

saat itu,
terasa seolah-olah hanya ada dua jalan,
untuk terus bersyukur dan memohon ampun dari-Nya,
atau
untuk berputus asa dan tenggelam dalam BAH yang sedang ganas melanda.

Ya.
Kita manusia adalah makhluq Allah yang diberi kuasa untuk memilih -taat atau derhaka-

Saat itu terasa amat YAKIN akan KEBESARAN ALLAH..
Saat itu terasa amat dekat nikmat kehidupan syurga..
Saat itu terasa amat dekat seksaan neraka.

Dengan BAH KUNING yang berlalu beberapa bulan..
Ia memberi momentum baru menyubur iman!

Bersukurlah dengan BAH KUNING.
Jika tidak kerana "hantaran" Allah ini..
Kita mungkin masih memilih leka dan derhaka.

Hasil carian imej untuk alhamdulillah

Rabu, 25 Mac 2015

Berterusan dalam kebaikan




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamat pagi dan selamat bekerja dan belajar.
Jaga anak juga satu kerja.
Kemas rumah juga satu kerja.
Membaca dan menulis juga kerja.

Membangunkan anak-anak dan memastikan keharmonian rumahtangga juga adalah satu kerjaya!

Bersukur pada Allah kerana Dia telah memberikan kita fikiran yang aman. Aman dari fikiran celaru tentang keTuhanan Allah..

Dan..
Bersyukur juga kepada Allah kerana Dia telah memberikan kita cara fikir yang kritis hingga akhirnya kita mampu memahami dan mengakui kewujudan Allah tanpa sebarang bantahan.

Allahu akbar.

Keadaan berterusan dalam kebaikan >> inilah istimrar.
Keadaan yang sangat yakin dan tidak goyah kepada Allah >> inilah istiqamah.

 عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ 

رواه مسلم


"Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- : Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, aku berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang tidak aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah"

 Maka...

Dalam melakukan kebaikan, kita perlukan kedua-dua sifat ini:
istimrar dan istiqamah.

Boleh kita dapatkan sifat ini dengan hanya bangun pagi solat subuh, siap makan anak dan suami, kemas rumah dan pergi kerja?
Atau bolehkah kita dapatkan sifat-sifat ini selepas khatam baca dan hafaz Al-Quran berkali-kali tanpa mempelajari maksud isi kandungannya?

Tidak salah menguruskan rumahtangga, malah itulah kerja mulia.
Tidak salah bekerja berusngguh-sungguh, malah itulah yang disukai Allah.
Tidak salah ulang baca Quran hingga khatam berkali-kali, bahkan itulah antara pintu-pintu mendapat hidayah..

Yang penting kita berusaha memahami, mengapa kita lakukan semua ini?

Jaga anak, penat..
Bekerja dari pagi sampai petang pun penat..
Apatah lagi yang perlu keluar bekerja malam..
Hujung minggu waktu cuti, masih bekerja dan terus bekerja membantu dan mengajak masyarakat kembali pada Allah.

Mengapa kita lakukan semua ini?

Dahulu masa belajar..
Kita tutup aurat lengkap..

Dahulu masa belajar..
Kita sanggup menghadiri liqa usrah dan majlis-majlis pengajian ilmu..

Dahulu masa belajar..
Kita sanggup tidur lewat bangun awal untuk menyantuni masyarakat kampus dan luar kampus..

Dahulu masa belajar..
Kita sanggup bangun malam dan beribadah hingga menangis teresak-esak..

Dahulu masa belajar..
Kita sanggup sabar luarbiasa demi persahabatan dan sebuah ikatan persaudaraan..

Dahulu masa belajar..
Kita sanggup berkorban demi kebaikan bersama sahabat seperjuangan..

tapi kenapa sekarang kita rasa kita sudah tidak mampu lagi melakukan semua ini?

kerana kita sebenarnya TIDAK MEMAHAMI = LUPA
mengapa kita melakukan semua itu..

Allah dan RasulNya menyaksikan amal kita.
Orang beriman juga menyaksikan perbuatan kita.

Walau apa pun "sebab" yang telah menolak diri kita pada suatu masa dahulu..
Jika sebab itu adalah sebab yang sama.
Iaitu kerana Allah..

Maka Allah tetap ada bersama kita sejak kita tiada hingga kita ada, membesar dan berumur..
Dan Allah tetap WUJUD walaupun kita dan dunia sudah lenyap dan tiada.

Jadi..
Tidak cukupkah kecintaan kita kepada Allah untuk berterusan dalam kebaikan..??

Hasil carian imej untuk subhanallah

Rabu, 11 Mac 2015

sambungan lembaran muhasabah seorang hamba

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Araf: 172

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ 


 Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

.....

Pernah di ingatikah kesaksian di atas?
Tidak..

Bila kita melakukan kesaksian di atas?
tidak ingat.

Bagaimana kita boleh tahu kita pernah melakukan kesaksian ini?
ah...

Siapakah "kita" dalam soalan saya?
dan siapakah "kamu" dalam ayat di atas?
aduh...

Allah Maha Besar.

Walaupun manusia sudah tidak ingat penyaksiannya ketika di alam ruh sebelum dihantar ke dunia, Allah telah mengingatkan manusia akan peristiwa ini.

kita = kamu = manusia.

Walau apa pun agama kita, kita semua manusia yang pernah mengakui keTuhanan Allah.

Bagaimana sikap seorang manusia yang mengakui adanya TUHAN Yang Maha Menciptakan??

Ahad, 8 Mac 2015

Lembaran muhasabah seorang hamba

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Araf: 172


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ 


 Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

.....

Masih ingatkah kita kesaksian ini?
Pasti kita semua sudah lupa atau tidak dapat mengimbas kembali bila kejadian ini berlaku.

Menjalani peperiksaan sebenar, pernah kita jumpa pengawas yang baik hati memberikan 'klu' agar kita ingat akan jawapan sepatutnya kita jawab di atas kertas soalan?

Belum pernah.

Berbeza dengan ujian kita di dunia ini.

Alangkah pemurahnya Allah.
Memberikan segala bekal untuk melalui peperiksaan..
Kemudian membantu pula kita untuk melalui peperiksaan dengan jaya.

Allahu akbar.

Bukan sahaja memberikan bekal melalui ujian, bahkan membantu mengingatkan kita jawapan-jawapan dan tips melalui ujian semasa kita masih lagi dalam fasa ujian.

....

Persoalannya:

Mengapa Allah berikan kita ciptaan agungNya?
Mengapa Allah seolah beria menunjuk-nunjukkan kehebatanNya kepada kita?

Adakah untuk kita kagum dengan pemberian itu?
Pastilah tidak.

Jadi untuk apa??

Jawapannya:

agar kita tahu dan sedar, betapa TERPILIHnya MANUSIA berbanding makhluq Allah yg lain dalam menjalankan tugas sebagai khalifah.

ibarat: seseorang memberikan hadiah cantik dan istimewa pada kita..adakah kita kagum dengan hadiah itu hingga lupa berterima kasih pada yg memberi. betapa istimewanya kita disisi pemberi itu!

sekian untuk malam ini.

Entri terkenal