Assalamualaikum..
Wah kecilnya dunia.. Balik-balik jumpa orang sama jugak.. Hehe~ semacam jemu jumpa orang sama pula kan? Dunia yang kecil atau saya yang tidak merantau dan mencari lebih pengalaman.. *dush sekali di atas dahi.
Pernah tak jumpa orang yang sahaja buatkan kita naik darah? atau
Secara tidak sengaja orang telah membuat sesuatu yang kita PANTANG sekali dibuat...
Ha, pasti pernah punya kan?.. Bukannya tidak pernah. Jika tidak pernah, mungkin anda bukanlah hidup dengan manusia kot.
Hari ini penulis mahu berkongsi kisah Rasulullah s.a.w di kutuk dan dikeji oleh para pemuka Quraisy termasuklah Abu Jahal dan manusia ingkar yang seangkatan dengannya.
Pada suatu hari, semasa pembesar-pembesar Quraisy berkumpul dan mengutuk Rasulullah s.a.w dengan khusyuk di satu kawasan di berhampiran Ka'abah, tiba-tiba Rasulullah muncul melalui mereka untuk melakukan ibadah yang selalu Rasulullah buatlah.. tawaf dan sebagainya.
Serta merta mereka mengutuk dan mencaci Nabi s.a.w dengan perkataan yang sangat menyakitkan. Begitu sekali mereka menghina Nabi s.a.w. Baginda hanya berdiam diri dan meneruskan urusan baginda. Apabila Rasulullah melalui mereka lagi, mereka mengulang caci maki mereka kepada Nabi s.a.w. Perkara ini berlaku sebanyak 3 kali, setiap kali Raslulullah melewati mereka.
Kali ke-3, Rasulullah berkata "Hai orang-orang Quraisy, demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya, apakah kalian tidak mendengar bahawa aku datang kepada kalian dengan membawa kebinasaan"
Ucapan ini membekas dalam diri mereka sehingga ada di kalangan mereka yang terpaku terkejut, dan ada yang meminta maaf.
Lihat..
manusia yang mahu mencari pasal dengan kita memang banyak dan ramai.
dan lihatlah,
Sabarnya Rasulullah tidak membalas perbuatan orang-orang kafir Quraisy itu.
Manusia jahil yang menguji kesabaran kita ada di mana-mana. Tidak semestinya mereka itu kafir dan musyrik. Boleh jadi juga orang yang telah mengaku beriman dan percaya pada hari akhirat..
Kejahilan dan kesombongan mereka menyebabkan mereka bersikap demikian. Jadi, berbaloikah jika kita marahkan mereka?.. Sedang mereka tidak tahu dan tidak dapat melihat kebenaran yang sedang kita bawa?.. Sedang kita tidak berusaha menerangkan dengan baik apakah mesej kita sebenarnya..
kawan-kawan,
Setelah membaca kisah ini.. Terfikirlah penulis.. Mengapa selama ini aku mendengar kisah Nabi Muhammad s.a.w.. Betapa sifat sabar Rasulullah sungguh INFINITI.. tetapi tidak pernah terfikir untuk aku gunakan pengajaran kisah Rasulullah ia dalam kehidupan.
Sedangkan, semenjak sekecil darjah 3 aku diberitahu.. Nabi Muhammad itu contoh kita. Nabi Muhammad itu berakhlaq dengan akhlaq Quran..
Ya Allah,
Engkau memberi hidayah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau jugalah yang menyesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki.
Wahai manusia yang mengaku menghafaz Al-Quran, benarkah kita memelihara ayat dan isi kandungannya?
Atau kita hanya mengulang di lidah..
dan tidak pernah terfikir untuk memahami isi kandungannya??
ok, mood sudah jadi macam bihun hangit.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Salam sejahtera.. Sejahteranya alam dengan ketaatan dan kepatuhannya pada susun ketetapan Allah. Contohnya: Matahari menerangi bumi pada wa...
-
Sebenarnya entri ni dibuat untuk merespon soalan pakcik insan marhean untuk entri " tidak tahu; tahu ". HAri sebaik sahaja baca ko...
-
Masih terbayang dimata.. Lelah Atuk berusaha membuka pintu rumah selepas di ketuk. Terngiang-ngiang di telinga pesanan Atuk, tolong tengokka...
-
Bila sesuatu peristiwa berlaku, reaksi kita ada beberapa macam antaranya: 1-gembira dan redha dengan peristiwa tersebut. 2-tak seronok, kece...
-
Memahami dunia luar.. Tidak lah susah.. Jika kita mahu memahami apa yang terjadi di luar sana Memahami dunia sendiri juga mudah JIka k...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Siapa boleh tahan dari buang air selama berjam-jam?? tidak kesah lah kecil atau besar. eh, apala mutiar...
-
Gerak langkahmu memikat hati, Senyum tawamu manis sekali Namun kini, aku menyedari, Ia adalah ranjau berduri. Yang semestinya daku lalu...
-
Selain Rasulullah s.a.w, siapa lagi contoh teladan yang tersenarai dalam Al-Quran? Para anbiya ; Adam, Musa, Isa, Ibrahim, Zakariya, Yusu...
-
“Maka apakah orang-orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya or...
-
Assalamualaykum warahmatullah... bila mengira jumlah umur dan nikmat Allah. tidak cukup jari dan formula matematik untuk menggambarkan ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan