Rabu, 2 Disember 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 2

Mari kita ikuti perbualan kanak-kanak di bawah:

Alif: Itu barang siapa?

Aman: Itu saya punya.

Alif: Owh, itu barang awak. Mesti awak boleh berbuat sesuka hati dengan patung itu kan?

Aman: Mestilah, sebab itu saya punya.

Alif: Kalau barang itu kita punya, suka hati kitalah kita nak buat apa..kan??

Aman: Ye lah. Asalkan jangan ganggu orang lain.

Sedang rancak Alif dan Aman berbual tiba-tiba Acik datang

Acik: Sakitnya kepala masuk bilik abang tadi..

Alif & Aman: Kenapa acik?

Acik: Tadi acik ada urusan di bilik abang.. Tapi kawan-kawan abang baru lepas merokok. Jadi bilik itu memang berbau rokok.. Kuat sangat. Pening kepala Acik ni.

Alif: Itu kan bilik abang.. Suka hati dialah nak buat apa dalam biliknya.

Aman: Ha’a, betul tu.

Acik: Betul ke macam tu Alif? Aman?

Alif: Entah?

Aman: Ye lah, sudah bilik itu kan kepunyaan abang awak, suka hati dialah nak buat apa dalam bilik itu.

Acik: Tapi Acik rasa walaupun itu bilik abang, abang tetap tidak boleh berbuat sesuka hati di dalam bilik itu.

Macam mana kawan-kawan? Apa pendapat kawan-kawan mengenai perbualan kanak-kanak ini?

Alif dan Aman menyimpulkan, jika barang itu kita punya, maka SUKA HATIlah apa yang kita hendak buat..

Tetapi masalahnya:Apakah benda/perkara yang menjadi HAK MILIK kita di dunia ini sehingga kita diberi kebebasan untuk berbuat sesuka hati kita? Agak-agaknya ada ke?

Tiada ulasan:

Entri terkenal