Jumaat, 30 Oktober 2015

Surah At-taghabun

Mempelajari al-Quran dengan cara menarik dan sangat menyentuh hati.

Tulisan di bawah adalah ubahsuai dari ceramah Sheikh Nu'man Ali Khan.

Latar belakang surah

Surah ini di turunkan pada orang beriman..
Kepada pelbagai jenis orang beriman (eh orang beriman pun ada pelbagai jenis rupanya).

Orang beriman:

  • baru sahaja beriman
  • lama sudah beriman
  • senang sahaja beriman
  • terpaksa bersusah payah untuk beriman
oleh kerana ini, surah At-taghabun ini sedikit Makkah dan sedikit Madinah bunyi isi dan bentuknya.

Kebanyakan kita pula bagaimana?
- biasanya Islam keturunan ye tak..

Ibarat Islam keturunan dan Islam baru sahaja peluk ini semacam hadiah lama vs hadiah baru.
Dan inilah sebab orang beriman perlukan peringatan; seperti kata Sheikh Nu'man Ali Khan "refreshment"

Dan kerana inilah awal surah At-Taghabun bermula dengan:

يُسَبِّحُ لِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(ayat 1)

Bermula dengan menyucikan Allah..
Membersihkan Aqidah
MengEsakan Allah..

Sesiapa sahaja, baru atau lama, susah atau senang menjadi orang beriman; perkara utama dan penting dari dahulu hingga sekarang adalah mentauhidkan Allah dan sentiasa beringat..

Inilah asas agama Islam.


Isi penting surah

Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang surah ini..

Perkara 1

Allah membandingkan manusia dengan semua makhluq Allah yang lain

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ 

 Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.(ayat 3)


Seluruh makhluq Allah >> melakukan amal/menuju misi dan visi penciptaan mereka tanpa henti.
Manusia >> apakah kita seperti makhluq lain? sentiasa bertasbih kepada Allah.. Sedangkan kita makhluq ciptaan terbaik..

Perkara 2

Sila rujuk ayat 1 seperti di awal tajuk.

Hasil carian imej untuk al-mulk

Dalam bahasa Inggeris berbunyi "Allah is THE TRUE KING, THE GOVERNANCE"
Maksudnya Raja segala raja..
Allah itu sebuah KeRAJAan..
Pemilik seluruh keRAJAan-keRAJAan.

Biasanya bila disebut tentang kerajaan >> inilah kambing hitam yang sentiasa di persalahkan. Bila negara ada masalah ekonomi, kerana kerajaan. Bila negara ada masalah persekitaran, kerajaan di persalahkan. Bila dunia ada masalah kewangan dan keselamatan, kerajaan juga di persalahkan..

TAPI

berbeza dengan Allah itu AL-MULK.
Allah sebagai satu-satunya autoriti yang kita akan puji bersungguh-sungguh.
Tidak pernah timbul rasa tidak puas hati seperti mana kerajaan-kerajaan selain Allah..

Allah AL-MULK yang mengawal semua sekali
Allah jualah yang memberi apa yang kita mahukan
Maka BERSYUKURLAH..
dengan cara menyucikan Allah seperti dalam ayat 1.

ekoran Allah itu pemilik kerajaan langit dan bumi, pastilah Allah yang mencipta manusia..

Perkara 3

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

 Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing) (ayat 2)

Apa kaitan KAFIR vs MU'MIN dengan ciptaan Allah dan penciptaan manusia?

Hasil carian imej untuk kafir
Dalam bahasa Inggeris; ia bermaksud >> "ungrateful" atau bahasa Msia kita terjemah tidak bersyukur.

Manusia beryukur kerana di cipta Allah akan sentiasa bertasbih memuji Allah seperti dalam ayat 1.
Manusia kafir tidak akan bersyukur dan tidak akan bertasbih pada Allah dalam hidup mereka.

Di hujung ayat 2 ini; Allah memberitahu kita Allah punya penglihatan dan penilaian itu LENGKAP dalam semua aspek (fullview).

Pengetahuan Allah yang sangat lengkap dan dari semua sisi ini menyebabkan kita tiada alasan.
Tiada sebab untuk mengelakkan diri kerana Allah tahu! tahu dalam semua aspek kehidupan kita

bersambung..

Entri terkenal