"Kak dijah boleh tak kongsikan 4 perkara yang kita nak cari dalam hidup kita atas dunia ini?"
Lebih kurang gitulah mesej yang penulis dapat dari seorang junior. Pelik jugak penulis dapat mesej macam tu..Kenapa?
Sejak bila pulak ada hadith cakap 4 perkara yang kita nak capai dalam hidup? FIkir penulis lah. Ke aku yang tak tahu ada hadith macam ni? Selama mencari kebenaran dan tarbiyyah tak pernah pulak jumpa hadith ke ayat Quran sebut fasal 4 perkara yang perlu dicapai dalam hidup..
Akhirnya penulis pun bertanya kembali pada si junior ini untuk kepastian..
"Nt tanya ni sebab nak tahu ana tahu ke tak, atau sebab memang tak tahu dan nak suruh ana berkongsi?"
Jawabnya: Nak kak dijah berkongsi.
OOO, panjang o penulis ok lah kalau gitu. Penulis pun mempertimbangkan untuk berkongsi dengannya. Tiba-tiba terfikir satu masalah.
"Takkan aku nak mesej kot? Rasa macam tak cukup je kalau jawapan diberi melalui mesej"
Oleh kerana itulah penulis membuat keputusan untuk memberi perkongsian ini melalui blog penulis. Sekurang-kurangnya, bukan dia sahaja yang beroleh manfaat..
JAwapannya begini:
Penulis tidak dapat menyenaraikan apakah empat perkara yang dicari atas dunia ini, kerana perkara yang dicari penulis berdasarkan kefahaman yang telah diberi ada satu sahaja:
'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mentaati ku'
Surah Az-dzariyat, 56
Surah Az-dzariyat, 56
Inilah perkara utama yang kita cari dalam hidup. Kalaulah ada pun perkara-perkara lain, ia pasti ada kaitan dengan matlamat penciptaan manusia.
Mudahnya, perkara yang dicari didunia ini hanyalah keredhaan Allah.. Beribadah kepada Allah. Apa sahaja yang dilakukan semuanya untuk meraih keredhaan Allah.
Bercakap, makan, minum, berkawan, bersahabat, bergaduh, berperang, berkasih sayang, benci, menegur, mengabai, tidur, belajar, menghormati guru dan ibubapa.. Semua nya untuk keredhaan Allah.
Jadi penulis memang tidak dapat menyenaraikan apakah 4 perkara yang dicari didunia ini, kerana bagi penulis, hanya 1 perkara yang perlu dan penting untuk dicari.. Keredhaan Allah.
LAkukanlah apa sahaja. Asal tidak melanggar syariat. Demi mencapai matlamat penciptaan manusia itu, bagi penulis hanya dengan satu petua:
JAdilah daei. Siapa itu daei.. Orang yang menyeru manusia lain kepada Allah. Inilah sebaik-baik pekerjaan atas muka bumi.
Kita tidak dianugerahkan pangkat kenabian dan kerasulan.. KIta tiada darjat tersebut. Mustahil untuk kita mendapat darjat tersebut disisi Allah, tetapi tidak mustahil untuk kita menyambung tugas pada Nabi dan Rasul dalam mengajak manusia kepada Allah.
Dengan menjadi daei, datanglah pelbagai rupa tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.. Tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan itulah yang akan membantu kita memperoleh apa yang kita cari selama kita mendiami bumi ini.
Ok, itulah secara ringkas, jawapan penulis untuk cik junior yang bertanya, harap dapat memberi jawapan terbaik.. Kalau ada yang mahu di tanya lagi.. Dialu-alukan.
*peringatan penting: Kelayakkan untuk menjadi daei bukan terletak pada sekolah agama, universiti agama, atau pelajar jurusan agama.. Ia ditentukan oleh peratus kesedaran yang ada dalam diri seseorang. Kesedaran apakah itu? Itulah kesedaran mengenai pentingnya memenuhi matlamat penciptaan manusia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan