"Apabila kita merasa diri kita tidak berdosa, maka itulah permulaan kepada sebuah dosa"
Entah dari mana tak ingat. Tapi memang diingati frasa ini.
"Apabila kita merasa kita ini sudah banyak kemuliaan, maka itulah titik permulaan kepada suatu kehinaan"
Jadi kesimpulannya, jangan rasa diri itu bagus.
Setakat baru boleh bangun malam dua tiga hari..
Atau terasa bagusnya boleh melawan rasa malas menghadiri kelas..
Atau kerana banyaknya jasa diri membantu manusia lain.. melakukan semua tugas yang tidak mungkin orang lain akan selesaikan.
Penyakit hati boleh menyerang sesiapa sahaja. Hanya Allah Yang MAha Mengetahui. Bukan tugas kita menilai isi hati manusia..
Selamat beramal dan koreksi diri.. DIRI bukan orang lain. Ini peringatan buat DIRI yang selalu TERLUPA dan LALAI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan