Tahu tak apa dia? PAMPLET. Huh, macam tak pernah tengok pamplet pulak penulis ni kan? Bukan tidak pernah tengok pamplet la, tapi tak pernah tengok pamplet macam tu. Betul ke pamplet? ke orang panggil pekenbendanya?? Cantikkan?
Warnanya hijau daun pisang. memang cantik dan menarik hati untuk melihat isi dalamnya. Siap ade gambar sarung tangan tinju plus kata-kata JADILAH JUARA. Perkataan lain yang ada: Panduan berhenti merokok.
Tahu tak sijjar tu apa? Sijjar tu maksudnya rokoklah. Perkataan bahasa Arab, kalu di Inggeris kan jadilah cigar. Ha?! tengok, perkataan Arab pun orang putih curi. Ini bukan loyar buruk tau. Betul-betul cakap punya ni.. Nak cakap Bahasa Arab ni tak berubah disiplin tatabahasanya dari dulu sampai sekarang plus luas dan banyaknya vocab yang terdapat dalam Bahasa Arab. Mungkin inilah sebabnya Allah pilih Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab kan.. Laa sudah melencongla penulis ni.
K, kita sambung balik fasal pamplet tadi. Selain dari warna dan gambar depan yang menarik, jenis nada dan intonasi yang ada dalam pembinaan ayat dalam pamplet ini pun sangat bagus dan mengujakan. Kalau rasa hilang semangat sebab gagal berhenti merokok pun, boleh jadi bersemangat balik.. Ade banyak benda yang tertulis dalam pamplet ni tapi ini yang penulis nak kongsi dengan kawan-kawan pembaca sekalian.
"Ramai yang mengakui, berhenti merokok adalah satu pergelutan. Kerana itulah ia dikatakan satu perjuangan. Tanpa sebarang bantuan, 95% daripada perokok yang cuba berhenti akan gagal. Perokok biasanya perlu mencuba berhenti kira-kira 5-7 kali sebelum akhirnya berjaya berhenti. Oleh itu, walaupun tidak berjaya, belajarlah dari setiap kegagalan dan cuba lagi. Tumpuan dan keazaman yang digandingkan dengan rawatan yang betul serta sokongan sosial seperti kawan-kawan, keluarga dan program berhenti merokok akan membantu perokok berjaya berhenti merokok".
Apalagi wahai bakal juara sekalian, berusahalah untuk berhenti merokok.. Semoga anda berjaya. Eh? penulis ni menulis gaya macam ade je perokok yang membaca tulisan penulis kan? Ade la kot tu. Penulis bukan tahu pon. Dah kalau persen perokok kat Malaysia ni besar nian, takkan lah dari beribu tu tak de sorang pun yang terbaca kan? Mesti ada punya.. paling kurang orang yang sedara mara dia perokok..
Pecah rekod: Entri paling banyak gambar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan