Rabu, 24 Februari 2010

Mua'wiyyah bin Abu Sufyan 2

Tahu tak betapa orang yang dah jadi musuh turun temurun pun jadi baik sebab adanya Rasulullah dikalangan mereka. Tahu siapa? Orang Ansar lah. MAsa musyrik dulu mereka ada dua puak. Aus dan Khazraj. Memang anjing dengan kucing lah. Pantang tersasul sikit.. Mesti perang punya. Tapi bila datang Rasulullah, merekalah orang yang paling banyak tolong Rasulullah dan Muhajirin dalam peristiwa hijrah..

Kan ada ayat Quran puji mereka ni. Banyak sangat. Penulis pilih satu je ni: Surah Al-Hasyr ayat 8-10.

(Harta rampasan itu juga) untuk orang-orang faqir yang berhijrah yang terusir dari kampung halamannya dan meninggalkan harta bendanya demi mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya dan demi menolong agama Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Dan orang-orang Ansar yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka menyintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin) diatas diri mereka sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang yang beruntung.

Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan jangalah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. ya
Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

SUbhanallah mulianya orang Ansar dan Muhajirin ni kan? Mereka inilah yang berjuang mati matian, sehingga berapa ramai yang syahid dan gugur demi menegakkan kalimah Allah. Mereka menyampaikan Islam dengan segala kurniaan yang Allah beri pada mereka.. Darah pun mereka laburkan. Kita? Nak cakap pun takut..

Jika bukan kerana jasa mereka, manalah kita nak merasa nikmat ISlam yang terwaris pada kita hingga sekarang..kan..

Rindunya nak jumpa sahabat NAbi ni.. Bilal, Abu Bakr, Hamzah, Abu Zar, Mua'wiyyah.. Nak sangat tengok muka mereka. Muka orang yang dikasihi Rasulullah.. diredhai Allah.. KAwan-kawan tak rindu ke nak jumpa mereka.. Hehe, rindu ni bila kenal dan pernah jumpa je kan? Dah walaupun tak pernah jumpa.. Tetap rindu nak jumpa jugak. Nak jumpa orang yang sangat mulia disisi Allah.

Dengan iman dan ukhuwah yang ada pada merekalah, mereka menjadi penyambung tugas Rasulullah memakmurkan bumi dan dunia. Sekarang dah tak de dah semua sahabat nabi.. Yang tinggal adalah pewaris Nabi.. ULAMA.. MAcam Yusuf Qardhawi tu.. HAssan Al-Banna..

Tiada ulasan:

Entri terkenal