Jumaat, 5 Februari 2010

Degilnya

HAi kawan-kawan.. Lama dah penulis tak tanya kabar kawan-kawan pembaca blog penulis ni. Apakabar? Macam mana pencapaian hidup kawan-kawan? Hidup untuk akhiratlah maksud penulis. Rasa-rasa dah bersedia nak jumpa Allah nanti? HArap-harap kita sama-sama berjumpa dengan Allah dihari Akhirat kelak dalam keadaan baik dan diampunkan segala dosa.

okaylah terus masuk pada isi yang penulis nak cerita. Pernah tak rasa macam
'aku nak itu. Aku nak jugak. tak kira, nak jugak-jugak' tapi rasa ini tidak disertai dengan sebab yang jelas. Pernah tak? Rasanya semua orang pernah rasa bezanya dia perasan ke tak kehendak dia itu bersebab atau tidak..

Kehendak yang tidak bersebab itu biasanya berpunca dari hawa nafsu. Rasa macam penulis pernah cakap dah dulu-dulu dalam blog ni. Tapi tak ingat dah dalam entri mana satu.

KAwan-kawan kenal tak hawa nafsu itu siapa? Jom baca kisah kat bawah:

Semasa Allah mula-mula mencipta nafsu, Allah bertanya pada dia, siapa aku? Tahu tak apa nafsu jawab? "Aku?, akulah!, kamu? kamulah!". Dahsyatkan? Boleh ke makhluq Allah cakap macam tu kat pencipta dia? PAstu dia di bakar dalam neraka. LAma sangat. Dah tak ingat pulak penulis berapa lama. BIla dia keluarkan, jawapan dia masih sama. Kalau tak salah, sampai tiga kali kot kena macam tu, at last barulah dia cakap, "KAmu adalah Allah Tuhan pencipta sekalian alam".

Tengoklah betapa degilnya hawa nafsu kita. Itu sebelum dapat tuan macam kita. Cuba bayangkan betapa gedebenya nafsu apabila mendapat tuan yang tidak taat kepada Allah seperti kita. Kita mesti kenal, hawa nafsu kita supaya kita tidak tertipu dengan kebongkakkannya.

Antara tanda lain perkara tersebut datang dari hawa nafsu adalah:

Kita dah tahu benda tu salah. Tapi kita nak buat jugak.. Macam-macam alasan yang kita buat nak lojikkan kehendak kita yang dah memang sah-sah tak dibenarkan agama.. Itu pun hawa nafsu jugak..

Didiklah hawa nafsu kerana ia tidak boleh dibuang tapi boleh dijinakkan menjadi pembantu dalam beribadah. Macam jaga budak keciklah, kalau ikut semua kehendak dia, pengsanlah kita dek kenakalannya. Tapi jika kita didik dia sebaiknya, boleh jadi dialah akan menjadi pembantu kita dalam melakukan kerja-kerja harian kita.

Mendidik nafsu adlah dengan mengamalkan puasa dengan cara yang sepatutnya. Kenapa sepatutnya, sebab ramai orang tidak berpuasa dengan cara sepatutnya. Nak tahu macam mana cara sepatutnya, bolehlah kawan-kawan cari orang yang alim dalam bidang feqah untuk menghuraikannya..

Baiii.. jumpa lagi

Tiada ulasan:

Entri terkenal