DUlu-dulu pernah dah penulis sebut fasal tolong menolong ni kan? Sesiape yang selalu baca blog ini aje yang akan perasan. Dulu penulis guna tajuk 'gotong royong buat jahat'. Sekarang tukar sikit.
Masih bertemakan ayat Quran yang sama iaitu:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan perkara kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan"
Surah Al-Maidah ayat 2.
Kita selalu baca Quran, tapi kita tak pernah terfikir nak tadabur ayat Quran kan? SIbuklah, susahlah, banyak kerja lah.. CUba fikir kalau kita tiba-tiba meninggal dunia sekarang..
Allah pun tanya kita: HAi si mutiara bd! Dahulu Aku memberi kamu nikmat Iman, Islam, Quran. Dan apakah perkara yang telah kamu lakukan dengan nikmat aku??
Apa kita nak jawab kalau memang selama ini tak pernah pun menggunakan segala nikmat Allah itu untuk mengumpul pahala dan keredhaan Allah. KAdang-kadang kita ni bukan main lagi berkira kalau bab dapat keuntungan dunia (duit, markah lebih untuk periksa etc) tapi keuntungan akhirat kita tak pernah fikir pun. Nak bagi mudah faham rasanya meh sini dengar satu contoh.
Pernah tak kawan-kawan rasa dapat keje 'last minute'? Tak pun buat keje 'last minute'? Sure pernah punya kan? Macam mana rasanya buat keje 'last minute'? FUh memang perit, betul tak??
Ha macam tu jugak lah kita hidup atas dunia ni bila asyik fikir keuntungan dunia aje sampai lupa hari akhirat. Bila dah terkena 'warning' agak-agak nak meninggalkan dunia, barulah fikir nak solat sunat, berzikir dsb nya lah. Lebih kolot lagi bila ada orang pernah cakap "buat apa fikir fasal mati lagi sekarang?kita kan muda lagi..enjoylah dulu".
Owh, kawan-kawan tak pernah jumpa lagi eh orang cakap macam ni? Sebenarnya banyak je kata-kata yang seumpama dengan ini dilafazkan oleh para generasi muda kita.. Adakah mati itu untuk orang tua sahaja?? MArilah kita duduk dan berfikir sejenak.. SUdah Allah berikan otak yang canggeh manggih itu untuk apa lagi jika tidak digunakan untuk berfikir hikmah matlamat dan tujuan kejadian diri sendiri?
Dalam hidup kita yang penuh dengan pelbagai peristiwa ini, pasti kita akan menghadapi pelbagai jenis kesukaran dan kesenangan..betul tak? Tau dah kawan-kawan mesti jawab betul punya. (tau saja penulis ni..hehe)
Ada satu jenis kesukaran yang penulis nak kongsi dengan kawan-kawan. APakah itu? Ia adalah:
kesukaran mengajak orang lain berbuat baik, menjadi baik atau menasihatkan orang lain meninggalkan maksiat yang dia lakukan.
Kan? SUkar kan? LAgi-lagi kalau orang itu rapat dengan kita, banyak tolong kita, banyak jasa dengan kita.. Lagilah bertambah darjah kesukaran itu. Ha, pasang telinga betul-betul dengan apa yang penulis nak cakap nanti.
Tahu tak atas dunia ini tak de benda mudah saja, atau susah saja. Setiap perkara mudah itu pasti disertai perkara susah, dan setiap perkara susah itu pasti disertai perkara mudah. Kan Allah dan cakap dalam surah Al-Insyirah? Tak caya bukaklah. DAlam juzu 30. Mestilah kawan-kawan dah hafalkan. Buat baca dalam solat. Pendek je pun surahnya. Tak sampai setengah muka pun surahnya..
Sebenarnya penulis nak kasi satu rahsia kepada kawan-kawan sekalian: Sebenarnya, lagi rapat seseorang dengan kita, lagi berjasa seseorang dengan kita, lagi senang kita nak bercakap dengan dia. Tidak kiralah cakap apa pun. Apa lagi berbentuk nasihat. YAng penting adalah bercakap dengan hati yang beriman. Hati yang penuh pengharapan pada Allah. Haa, ingat tu. Penuh harapan pada Allah. Bukan harapan pada orang yang kita akan nasihat tu. Cewah.. MAcam bagus je cakap macam tu kan? Betul, penulis dah testing dah.
HArapan pada Allah memang tidak menghampakan. Kalau kita berharap pada orang yang kita nasihatkan itu, belum tentu dia boleh jadi seperti yang kita harapkan. Sebab diri dia sendiri pun dikuasai oleh Allah sebenarnya. Sama jugaklah dengan diri kita pon.
DAn satu lagi, bukan semua peringatan itu perlu melalui mulut. Kadang-kadang dengan perbuatan pun boleh jadi jugak. Dan lebih berkesan. JAdi nak cakapnya, bila nak ajak orang buat baik itu tak semestinya kena pandai bercakap dan memujuk orang. GUnalah apa sahaja kelebihan yang ada pada diri sendiri tu. KAn setiap orang Allah bagi 'speciality' masing-masing. Jangan pulak kita cakap, kita takde pape kelebihan. Sebab, cakap macam tu macam kita cakap Allah tak pandai cipta kita.
Dengan mengajak orang lain meninggalkan dosa dan maksiat; maka kita telah merealisasikan ayat yang telah Allah turunkan pada kita secara serentak.. Bertolong dalam perkara baik dan tidak bertolong bantu dalam perkara dosa dan maksiat.
Kita kadang-kadang pandang kecik dengan orang yang meninggalkan dosa dari orang yang melakukan amal sunat. Walhal sebenarnya, meninggalkan perkara haram dan dosa itu lebih utama dari melakukan perkara sunat. KAwan-kawan faham? HArap-harap kawan-kawan faham lah.. Senang je kan..
okay, harap-harap lepas ni tak de dah lah penulis dengar orang tidak amanah kerana 'nak membantu' orang susah. Kita orang Islam tak de konsep robin hood tau..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan