Rabu, 13 Oktober 2010

Berbuat baik sesama manusia

“Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri”

Surah Luqman: 18

Jeng-jeng.. Ayat ini sangatlah jelas maksudnya. Ayat ini ada je dalam Quran, tapi entah kita sedar ke tidak ayat ini ada dalam Quran.. Atau dengan kata lain, adakah kita menghargai kewujudan ayat ini?

Berapa lamakah masa yang kita guna untuk menghayati ayat-ayat Allah..

Kenapa kita jadi sombong?

Kerana kita lupa kita adalah hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Kerana kita lupa kita hanya pemegang amanah segala benda hakmilik Allah.. Layakkah untuk kita menyombong diri dengan perkara yang bukan milik kita..

Kerana kita lupa bahawasanya kita ini asalnya dari tanah dan akan kembali menjadi tanah

Kerana kita lupa bahawa sombong itu hanya layak untuk Allah Yang Maha Segalanya

Kerana kita lupa semua manusia punya perasaan sama seperti kita.. insan.. 

Kerana kita lupa bahawasanya diri kita punya seribu satu kekurangan..

Kerana kita lupa tawadhu itu satu keperluan

Sebagai manusia.. Mustahil untuk kita mengetahui segalanya. Kalau tahu pun belum tentu ingat segala yang diketahui; sedang apa yang telah disebut mulut sendiri pun kita masih terlupa..

Salah tidak mengapa. Yang penting sedarnya kita akan kesalahan itu dan bagaimanakah usaha kita untuk membaikinya.

Walaupun sejuta kesalahan orang pada kita, sedarlah juga bahawasanya berjuta juga kesalahan kita pada orang..

Semoga diri kita bersyukur terhadap peringatan Allah.

Kita jahil, Allah beri ilmu.
Bila berilmu; Allah mudahkan kita untuk beramal.
Bila beramal, kita mesti berusaha untuk ikhlas.
Barulah tercapai matlamat hidup. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal