Kali ini, sukacita dan sukarela penulis mahu membincangkan suatu perkara yang telah biasa menjadi tajuk hangat dalam perbualan masa kini manusia..
Apakah itu? Iaitu cakap tidak serupa bikin. Bercakap hebat. bak kata seseorang "cakap kemaih!" tapi perbuatannya masih boleh diragukan dan diperdebatkan.
Bercakap dengan ilmu, berbuat pun mestilah dengan ilmu jugak.. Kalau bercakap dengan ilmu, buat dengan perasaan, kuang-kuang.. tapi oklah lagi dari, cakap dan buat dengan perasaan.. Hehe, pengsan manusia sekeliling melayan kerenah kita.
Manusia ni macam-macam gaya. Kalau kita hendak ikutkan hati, segala benda boleh kita marah dan bengang. Tapi tidak boleh ikutkan hati seratus peratus la kan.. Sebagaimana pepatah melayu cakap "ikut hati mati, ikut rasa binasa".
Bukan tak boleh ikut hati. Boleh je nak ikut hati. Tapi pastikan hati kita itu ikut perintah Allah. Hmm lepas tu bereh aje lah. Sebab hati ikut perintah Allah. Maka kalau kita ikut hati, maksudnya dah boleh ikut perintah Allah la.. Alhamdulillah.
Kawan-kawan nyampah ke tengok orang cakap tak serupa bikin? hehe. (Boleh pulak bertanya macam tak pernah tahu pulak).. Pada pendapat penulis la kan, orang yang cakap tak serupa bikin ni sebab dia tak perasan yang dia cakap tu tak sama dengan yang dia buat. Atau, dia telah mengecualikan diri dia dari perkataan yang telah dia sebut itu.
Maka apakah sikap kita? Jika diri kita adalah seorang yang cakap tidak serupa bikin? Inilah nasihat pada diri yang lupa..
Kalau sudah cakap, cubalah buat. Tapi kalau tak boleh buat, Allah tak marah. (Ha?! cakap macam serabut pulakkkan). Iyalah, sungguh penulis cakap ni. Kawan-kawan tak percaya?
Tanggungjawab kita pada ilmu adalah faham, buat dan sampaikan. Tapi kalau tidak mampu dilakukan, ia tetap perlu disebarkan. Kerana ramai lagi manusia yang lebih mampu dari kita untuk beramal dengan ilmu tersebut. Tapikan, itu bukanlah alasan untuk kita berhenti dari berbuat. Kita mesti usaha sampai berjaya buatlah. Tidak kisah la berapa lama masa yang diambil. Janji teruskan usaha.
Kalau tak nak cakap sebab tak nak buat, maka itu adalah dosa kita dengan Allah. Maka Allah akan tanya pulak kenapa tak nak cakap. Ada kefahaman Islam, tapi tak berani nak cakap. Oklah, cakap tu maksudnya sampaikan dengan baiklah.. dengan bijaksana maksudnya.
Cakap pasal Islam gedegang gedegung. balik rumah penat, tengok cerita hindustan..peluk sana peluk sini. Segala jenis lagu rok pasang. Habih cane la nak bagitahu nikmatnya solat apabila kita telah penat seharian bekerja (belajar pun satu pekerjaan jugakkan). Atau betapa Al-Quran itu satu hiburan yang sangat lazat dan mendamaikan tatkala kita letih dan bersedih..
orait, maaflah kalau penulis pun termasuk dalam kalangan manusia cakap tak serupa bikin. Ingat senang nak sampaikan kebenaran? hmm, dan ingat senang nak tegakkan kebenaran dalam keadaan semua orang takut dan tak nak buat?? (i mean to walk the talk -cewah cakap omputih pulak. ler baru cakap sikit dah perasan, cane la nak pandai macam ni punya perangai-)
KAlau duduk diam pulak, ingat senang ke hidup di hari akhirat kelak? Tahu tapi bisu. Itulah orang Islam yang sangat kerugian di hari akhirat. Orang yang sudah menyampaikan di dunia ini pun akan menyesal di hari akhirat, apalagi orang yang BISU.. Baiklah susah didunia dari susah di akhirat.. takde sape dah boleh tolong.. (oh tiba-tiba jadi sangat sedih mengingatkan hari akhirat) waaa.. apa bekal yang kita dah sediakan? Masih elok atau sudah rosak kerana penyakit hati kita..??
Sabtu, 30 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Sahabat Rasulullah dulu sanggup tinggalkan kekayaan dan keselesaan hidup kerana memilih Islam. Contohnya Mus’ab bin Umair. Nak bagi senang k...
-
Selesai satu kerja. Selepas ini mahu ke klinik pulak. Eh, jam sudah menunjukkan jam 4.48 petang. Ok, kita kerjakan solat dahulu. Hmm, ini ...
-
Allah Maha Besar! Allah Maha Mengetahui hikmah setiap kejadian... ..... Pada suatu pagi yang indah. Atas dasar 'mahu mengeratkan ...
-
Ha amacam? Ada tak? Ada apa? Itulah kejap baca, kejap tak baca.. Sebab itu tak tahu apakah soalan penulis sebelum ini.. oKaylah ni nak ulang...
-
Selamat pagi dan assalamualaykum wa rahmatullah. Allah telah memberikan kita nikmat yang sangat berharga pada pagi ini iaitu nyawa. Dengan ...
-
Maha suci Allah. Kita rasa solat itu berat, Tapi ada org rasa ringan. Kita rasa jujur dan amanah itu bodoh, Tapi ada org rasa itulah has...
-
Allahu akbar. Wallahu alimum hakim. Allah Maha Besar dan Allah itu Maha tahu dan Maha bijaksana (mendalam pengetahuannya). Sesetengah per...
-
Sobahal Khair, jawabnya sobahunnur. Masa ‘ul khair, jawabnya masa’unnur. Illaliqo’ jawabnya ma’assalama.. (betul ke ni? ke dah terbalik.. be...
-
ha, percaya tak kalau penulis cakap, penulis yang jahit baju ni? Oo tak nak caya ye? Takpe. bukan Quran dan hadis pun –tak boleh nak paksa s...
-
Hmm sebenarnya ada banyak sebab dan banyak dalil mengapa para pendakwah kat dalam dan luar negara kita bersungguh-sungguh melakukan dakwah. ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan