Khamis, 28 April 2011

Emaslah pulak

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup dunia dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik. Ali-Imran: 14



Penulis tidak pernah kekedai emas. Ini kali pertama. Fuh, terasa kebas otak dan mata melihat emas yang begitu banyak. Cantik tetapi tidak jelas fungsinya dalam menambahkan iman. Ia adalah nikmat dunia yang sangat nyata. Takut rasanya melihat emas yang bertumpuk. Mudahnya nikmat dunia melemaskan manusia.


Jangan salah faham. Memakai emas itu tidak menjadi kesalahan. Tetapi ada syarat-syarat yang perlu penuhi. Bukan boleh pakai sesedap hawanafsu seperti mami jarum gitu.

Katakanlah; mahukah aku khabarkan kepadamu apakah yang lebih baik dari yang demikian itu. Bagi orang-orang yang bertaqwa disisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. Ali-Imran:15

“ya Allah, letaklah dunia ditanganku bukan dihatiku”

Tiada ulasan:

Entri terkenal