Mengenali manusia memang seronok. Apa lagi paling menarik selain mengenali manusia. Untuk menjadi ahli farmasi, mengenali jenis manusia sangat penting. Sebenarnya kerja apa pun, mengenali manusia itu penting, kerana kita bergaul dengan manusia kan.
Dibawah ini jenis-jenis manusia yang telah disenaraikan. Tapi penulis mungkin berbeza pendapat dengan sesetengah cara yang dicadangkan.
Tank [bekas besi yang besar]
manusia yang suka mengkritik orang dan sistem secara panjang lebar. Berpegang pada pendapat kita dan potong serangannya.
Bagi penulis, jika pun seseorang itu jenis mengkritik, tidak perlu memotong percakapannya kerana dia akan menjadi lebih agresif. Biarkan dia habiskan dulu ayat dan isinya, kemudian beri dia masa beberapa minit untuk diam dan suasana tenang. Kemudian, barulah kita minta dia dengar keterangan kita supaya dia lebih memahami keadaan orang lain).
Sniper [penembak secara sembunyi]
manusia yang suka mengeluarkan kata-kata tidak sedap dan suka memalukan orang. Berhenti bercakap dan renungnya, minta penjelasan.
Merenung orang lain bukanlah suatu yang bagus dari segi syariat; kerana syariat menghendaki kita menjaga pandangan, cukuplah sekadar bersabar dan kemudian minta penjelasan mengapa perlu berkata seperti itu dan berikan cadangan padanya cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat
Grenade [pengebom]
orang yang menyembunyikan kemarahannya hingga tidak mampun bertahan dan.. MELETUP. Hehe. Beri perhatian dan cepat cari punca kemarahan.
Know-it-all [serba tahu]
perasan tahu semua benda dan berfikiran tertutup. Pastikan kita tahu apa yang kita sedang bercakap dan cadangkan pada dia.
Orang seperti ini perlukan lebih banyak pergaulan dengan manusia. Boleh jadikan dia pembantu kepada ketua yang telah jelas dengan peranan kerja mereka
Think-they-know-it-all [perasan tahu]
terlalu hiperbola dalam bercakap dan banyak sekali perisa tambahan. Minta penjelasan secara spesifik.
Kongsilah kisah-kisah orang soleh dengan orang seperti ini. Bagaimana orang-orang soleh menjaga lidah dan akhlaq mereka. Mungkin kita tidak sedar dia sedang menambah perisa kepada sesuatu maklumat yang sedang dia ceritakan. Maka, setiap kali mendengar kata-katanya berhati-hatilah. Jangan diterima 100%. Walau dengan sesiapa pun, ingatlah, mereka manusia. Kemungkinan tersalah memang ada.
YES [angguk belaka]
kaki kipas. Bantu mereka mengurus dan menyiapkan kerja.
Maybe [ragu-ragu]
tidak tetap pendirian dan tidak berani membuat keputusan. Bantu mereka memilih keputusan. sokong keputusan mereka.
Nothing [malas]
selalu tidak mahu bercakap. Asyik dalam dunia sendiri. Banyak bertanya mereka soalan yang berbentuk terbuka.
No [semua tidak boleh]
berfikiran negatif. Gunakan mereka untuk mengenal pasti potensi masalah, dan kenal pasti masalah sebelum mereka ketemu.
Whiner [komen sana, komen sini]
asyik tidak puas hati. Terangkan sesuatu dari sudut pandang positif.
Setiap sikap, samada baik atau tidak, ia pasti ada punca dan latar belakangnya. Maka untuk membentuk sikap baik, perlu diketahui punca dan caranya begitu juga untuk membuang dan mengikis sikap tidak baik.
Kita hidup dan dihantar kedunia ini bukan untuk mengata dan mengklasifikasikan jenis manusia apakah kita atau orang lain. Tapi untuk bekerjasama memakmurkan bumi seterusnya menjadi hamba Allah yang beriman.
Apa tunggu lagi? Usah dibilang salah orang pada kita kerana kita juga punya berjuta salah yang perlu dibaiki. Ayuh cari jalan untuk mendapat keredhaan Allah sebelum memejam mata selamanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Sahabat Rasulullah dulu sanggup tinggalkan kekayaan dan keselesaan hidup kerana memilih Islam. Contohnya Mus’ab bin Umair. Nak bagi senang k...
-
Kita memang selalu menyusahkan diri sendiri dengan melihat keburukan orang lain pada kita. Misalnya, ade orang tu tercakap perkara yang kita...
-
Beberapa hari lepas melakukan operasi kemas 'sampah' yang disimpan.. Habis punggah segala surat dan kad raya 10-15 tahun lepas punya...
-
Haa,lagi sekali buat tajuk provok. Hehe, (dah bukan lagi sekali) tapi setiap kali nak buat tajuk memang buat taktik gitu. Sebenarnya aya...
-
Dan telah dikalahkan bersekutu itu dengan satu. Hehe, itulah jadinya kalau nak terjemah seketul-seketul. Tajuk pos penulis ni sebenarnya.. j...
-
Baiklah, sekarang jom kita tengok maksud tawakkal. Penulis bagi maksud yang mudah je. Tawakkal adalah berserah diri kepada Allah setelah ber...
-
bismillahi rahmani rahim. rasanya sudah berbulan-bulan tidak menulis dan menyumbangkan sesuatu.. hampir terlupa saya masih punya blog untu...
-
Berpandukan buku : Syahadah Al-Haq; Pengakuan seorang muslim tulisan Abu A'la Al-Maududi Tulisan dibawah adalah olahan semula selepas p...
-
Belum lagi tulis pape dah rasa nak tersengih-sengih baca tajuk entri kali ni. Kawan-kawan dapat agak tak apakah maksud tajuk kali ini? Nan...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan