Ada fesyen orang, tidak perlu cakap terus terang. Buat aksi sikit sudah faham. Walaupun kadang-kadang salah faham dan terlebih faham.
Ada pulak fesyen orang, selagi tak cakap, selagi itulah tidak akan faham. Nampak bengap semacam aje. Penulislah tu. Selagi tidak diberitahu secara terus terang, selagi itulah tidak faham.
Situasi 1
Bagi hadiah, buat baik, ajak makan, belanja makan, bawak jalan, senyum. Begitulah usaha-usaha si A untuk berbaik dengan si B. Tapi si B tidak pernah memperdulikan perbuatan si A. Nampaknya si A begitu bersungguh berbaik dengan jiran barunya si B walaupun si B hanya membalas secara endah tak endah sahaja. Akhirnya jiran lama si A, iaitu si C berkata “Apalah kamu ni, orang tak nak sudah-sudahlah”. “Nampak macam kamu ini kurang cerdik kerana berbuat baik pada orang tak sudi”.
Situasi 2
Si A berkawan baik dengan si B. [ini bukan A dan B dalam situasi 1]. Si A; lelaki dan si B; perempuan. Meraka sangat rapat. Makan bersama, keluar bersama, belajar bersama dan tidur bersama. Eh?! Tidur bersama tu tersilap taiplah. Mereka cuma tidak tidur bersama. Lain-lain semua bersama, kerana mereka rapat dan baik semenjak kecil. Mungkin juga atas alasan lain yang lebih mereka dan Allah ketahui. Si A juga mempunyai seorang lagi teman rapat selain si B, iaitu si C. Si C ini seorang sahabat yang sangat baik pada si A. Bagi si A, walaupun si C itu seorang ustaz dan alim dalam agama, si C tidak pernah menghalang si A untuk bersahabat dengan si B.
Pada suatu hari datanglah seorang teman, yang mengenali kesemua watak di atas, dan berkata pada si C “Eh, awak ni, tak rasa diperbodohkan ke, bila sahabat sendiri keluar membawa perempuan kesana ke mari?”. “Bukannya dia tak tahu salah dan berdosa perbuatannya”.
[kalau sukar untuk difahami, cuba baca cerita ini dalam kelajuan yang kurang sedikit]
Baiklah tamat dua situasi. Dua situasi biasa, terjadi dimana sahaja. Bezanya, watak terlibat mungkin berbeza-beza mengikut tempat dan masa. Ini bukan situai untuk menembak dan mengebom sesiapa. Ia situasi sebenar dan BIASA. Yang penting adalah pengajaran yang kita ambil. Bukan mencari, akukah watak terlibat, atau penulis sedang menulis tentang siapakah ini?
Persoalannya, bodohkah si A dalam situasi 1 dan si C dalam situasi 2? Bodohkah si A kerana terus berbuat baik pada orang tidak sudi [jiran barunya] dan bodohkah si C kerana seolah-olah membiarkan sahabat berbuat sesuatu yang bertentangan prinsip hidup seorang muslim [bergaul lelaki perempuan tanpa batasan].
Jawapan pendeknya; tidak. Malah sangat pandai. Kerana apakah? Kerana:
Mereka tahu mereka hanya bertugas sebagai pemberi peringatan dan menjadi contoh yang baik buat jiran dan sahabat mereka.
Walaupun dari dimensi dunia kelihatan pelik dan bodoh, akan tetapi dimensi akhirat menunjukkan mereka sangatlah beruntung.
Dalam situasi 1, kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan oleh si A itu sebenarnya akan kembali padanya pada hari akhirat kelak. Pahala kebaikan dan pahala kesabaran.. Jika ikhlas, dia juga mendapat bonus keredhaan Allah dan kemuliaan disisi Allah. Jadi si A bertindak bijak dengan memulakan perbuatan baik tersebut dan meneruskannya.
Begitu juga dengan si C dalam situasi 2. Si C tidak bodoh, walaupun si A sedang berdamping rapat dengan seorang wanita bukan mahram. Si A sudah tahu perbuatannya berdosa. Dan si A sudah melihat contoh dari si C, bagaimana bahagianya hidup dalam peraturan Allah [menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan]. Bukan si C tidak pernah memberitahu bahawa pentingnya pergaulan mengikut batasan agama. Masing-masing akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatan masing-masing. Si C telah melaksanakan seruan kepada kebaikan dengan cara menunjukkan contoh [iaitu tidak bergaul bebas dengan jantina berlawanan] dan Allah telah menyaksikan.
Begitu juga si A. Dia sudah tahu apakah akibat perbuatannya. Sedang dia sudah tahu akibat buruk melanggar perintah Allah, masih berdegil untuk menurut kehendak hawa nafsunya. Alangkah ruginya hidup.
Betapa ruginya hidup tidak menurut perintah Allah; hanya dapat dilihat oleh orang yang melihat dunia dari jendela akhirat. Jika kita melihat dunia, hanya menggunakan jendela dunia, maka kita akan banyak KECICIRAN KENYATAAN.
Kenyataannya,
orang yang kurang cedik adalah orang yang berbuat maksiat kerana enggan menerima kebenaran dan masih mahu menurut kehendak dan naluri diri tanpa mempertimbang suruhan dan larangan Allah.
Orang yang bijaksana adalah orang yang dapat melihat dunia dari tingkap akhirat dan bertindak seiiring dengan apa yang dia lihat itu.
Konklusinya: Jangan putus asa dalam menyeru manusia kepada Allah. Dan cara itu tidak semestinya dengan mulut sahaja. dan pastikan kita benar-benar cerdik menurut penilaian Allah.. bukan pada penilaian manusia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Seorang jiran yang baru berpindah ke satu kawasan perumahan. Perkara penting adalah: dia tidak memakai tudung dan akan berjiran dengan se...
-
Sooo long no update. Allahu akbar walillahi hamd. Patutlah Allah buat peraturan harta pusaka.. Kerana harta, manusia sangat berpotensi ber...
-
Cuti tahun baru cina pada tahun ini memberikan kelainan pada penulis kerana bercuti di rumah tok. Dan yang paling berharga, kerana rumah tok...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan selamat hari sabtu.. Rasulullah s.a.w... Siapa tidak kenal Nabi Muhammad s.a.w.. Berapa ratus buku ...
-
Saya ada mata, Mata saya nampak, Kalau tidak nampak, Bukan mata saya. SAya suka solat, solat saya khusyuk, kalau tidak khusyuk, saya cuba sa...
-
Kita memang selalu menyusahkan diri sendiri dengan melihat keburukan orang lain pada kita. Misalnya, ade orang tu tercakap perkara yang kita...
-
“Eh muallimah baru masuk, eh muallimah baru masuk” Bangunlah ketua kelas sambil mengucapkan “Qiam!, Assalaamualaykum ya Muallimah” De...
-
org syria mati dibunuh pemerintah sendiri. we never bother. orang palestin dibom hampir setiap hari. we never bother. orang Mesir terbun...
-
Betapa teruknya fitnah melanda Aisyah itu sehingga Aisyah meminta izin dengan Rasulullah untuk pulang dan tinggal bersama ibu ayahnya. Sehin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan