Assalamualaikum semua..
Jarang penulis mahu menulis "analisis politik & suasana sebenar" di Malaysia dan dunia. Mungkin kurang fikiran dan tidak matang dalam hal-hal sebegini. Lagi pun sudah banyak analisis, padangan dan tulisan yang mengulas hal-hal seperti itu.
Akan tetapi, pada hari ini, penulis merasa sudah tidak tahan lagi melihat sikap surat khabar dan media-media berita yang ada di Malaysia.. Apakah pendirian mereka? Apakah polisi mereka? Apakah objektif mereka?
Ya Allah, hari-hari berita mengarut! Video lucah, cerita artis tukar baju, tukar penampilan, gaduh politik yang mengalahkan kanak-kanak.. Apakah ini bahan bacaan kita setiap hari??
Untuk tujuan apakah menceritakan pergaduhan orang? Apakah kebaikan menyebarkan aib manusia? Apakah negara kita akan menjadi maju dengan surat khabar yang separuh isinya hanyalah menceritakan tentang buang bayi, bunuh anak, bunuh ayah, pusat hiburan tidak berlesen, pelacur sana sini, cinta songsang, konsert-konsert dan pelbagai jenis filem baru??
Ummat Islam di bom, di bunuh setiap hari. Bencana alam sana sini.. kita masih sibuk mengaibkan orang sana sini? Apakah ini semua.. Apakah kepentingan yang mahu kita jaga sebenarnya? Lupakah kita tentang matlamat hidup kita?..
Bangunlah wahai ummat Islam.. Banyak kerja yang perlu dilakukan.. sampai bila kita mahu tenggelam dalam dunia sendiri?
Tertekan, keluar tengok wayang.. Tak kena sikit merajuk 10 jam. Malas dan tiada mood, tidak mahu mengulangkaji pelajaran. Segan, menjadi alasan tidak mahu bercampur dengan orang. Susah ajaran Islam, tidak mahu taat. Selesa dengan cara hidup jahiliyyah, maka saya tidak mahu berubah. Tertekan belajar sejam, tengok cd dan cerita 2 jam.. Solat amalan ibadat tidak pernah kisah, asal hidup bahagia sudah. Sampai bila kita mahu jadi begini wahai ummat Islam.. sampai bila.. wahai saudara saudariku?
kita mahu tunggu bumi ini musnah? mahu tunggu langit terkoyak, bergulung? Atau hingga bintang-bintang jatuh berguguran? Mahu tunggu semua bangunan runtuh dan tiada lagi tempat perlindungan? Mahu tunggu Allah keluarkan segala isi bumi? Mahu tunggu sehingga gunung-gunung tercabut? Mahu tunggu sehingga air laut melimpah dan menenggelamkan kita semua? Pada masa itu tiada guna lagi segala penyesalan wahai ummat Islam.. wahai saudaraku BANGKITLAH DARI TIDURMU..
Tengoklah suasana yang berlaku sekarang. Ia bukan senda gurauan. Ia bukan lagi nikmat yang sedap dipandang.. Cukup dengan menganalisis surat khabar dan media-media...
Bangunlah. Pandanglah dengan mata hati yang beriman pada hari akhirat.. Bukan mata hati yang sangat cinta pada dunia. FIkirlah jauh hingga ke akhirat.. Bukan sekadar melepaskan dendam dan geram dengan kerinduan dunia..
Jumpa lagi dilain siaran. Assalamualaikum..
Khamis, 14 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Apabila melihat orang lain ditimpa musibah atau masalah, terasa beratnya dia menanggung perkara tersebut. Pelbagai cara kita cuba untuk meri...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah.. maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha ...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Ikut hati, mati Ikut rasa, binasa Ikut nafsu, musnah Ikut syaitan, rosak Ikut Allah, bahagia Ikut Nabi, untung Ikut Quran, se...
-
Setiap hari mengulangi kata yang sama: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad s.a.w sebagai Nabi ku dan Islam itu sebagai agama...
-
Gunakanlah bahasa yang baik, Dakwah itu lemah lembut dalam pergaulan. Permulaan kepada sebuah perubahan adalah pengakuan. Mengakui bahaw...
-
Dengan nama Allah yang memasukkan siang ke dalam malam. Dan memasukkan malam ke dalam siang.. Melihat manusia lain sibuk berbuat dan menjad...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan