"Barangsiapa yang berjihad dijalan Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang berbuat baik".
Al-Ankabut: 69.
Melihat dunia dari sudut pandangan manusia..
Membuatkan dunia ini segalanya. Harta, kerjaya, keluarga, sanjungan orang sekeliling menjadi neraca penentu kebahagiaan. Dan yang lebih ditakuti kita merasa itulah tanda sayangnya Allah pada kita..
Melihat dunia dari sudut Al-Quran dengan kemampuan manusia..
Akan membuatkan kita sentiasa ingat dunia ini hanyalah alat untuk mencapai kebahagiaan kekal di akhirat. Dunia adalah alat untuk mendapat keredhaan Allah.
Jika kerana urusan dunia dan kenikmatan yang ada didalamnya membuatkan kita lupa MATLAMAT HIDUP kita.. Maka keadaan itu seolah-olah, kita telah mati ditangan sendiri ketika berjuang dimedan perang semasa melawan musuh.
Menggunakan senjata sendiri untuk membunuh diri.. Alangkah dahsyat.
Perumpamaan ini tidak dapat difahami jika kita melihat dunia dari sudut padangan manusia semata-mata. Sudut pandangan kita yang sangat lemah dan tidak mampu ini..
Hanya dengan suluhan Al-Quran, petunjuk Tuhan, Allah Tuhan sekalian alam, kita dapat memahami dan mengetahui rupanya dunia ini hanyalah ALAT untuk MENCAPAI MATLAMAT yang lebih besar.
Apakah matlamat itu??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...
-
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri, Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi, Kami relakan jua serahkan dengan teka...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Al-llmu bila amalin kasyajarin bila samarin [ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah] Mari ulangkaji matapelajaran akhlaq yang kita pelaja...
-
Mahu menulis pun perlukan JIHAD... Ya lah... Mahu istiqamah perlukan JIHAD. Apa pun yang kita buat semuanya perlukan JIHAD. Ja...
-
Sooo long no update. Allahu akbar walillahi hamd. Patutlah Allah buat peraturan harta pusaka.. Kerana harta, manusia sangat berpotensi ber...
-
Dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menunduk...
-
menghayati cerita memang menarik. mungkin kerana itulah manusia suka sangat masuk panggung wayang.. menikmati cerita kehidupan impian.. ...
-
Nilainya lebih besar dari persaudaraan pertalian darah. Tapi persaudaraan pertalian darah itu tidak akan putus kerana berbeza aqidah. Haa me...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan