Jumaat, 14 Oktober 2011

Cerita 1

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang telah dijanjikan.

Cerita Halaqah.

Halaqah adalah satu nama komersial untuk usrah. Buat yang rasa sindrom gatal-gatal dan alergi, maka bolehlah memanggilnya sebagai kumpulan belajar dalam bualatan. [Study circle]

Dalam usrah, ada 3 rukun yang perlu kita lengkapkan. Jika tiada 3 perkara asas ini, maka usrah itu tidak akan berfungsi sebagai medan tarbiyyah yang betul ^_^.

Apakah 3 rukun itu?
  1. Taaruf [berkenalan]
  2. Bersefahaman.
  3. Takaful [Saling lengkap melengkapi, atau bantu membantu]

Hmm..
Sudah lama kita berhalaqah, tapi binti pun masih tidak ingat.. Muhasabah MODE.

Mari kita berkongsi satu kisah.

Saya telah diamanahkan untuk memimpin sebuah halaqah yang datang dari satu kawasan. Mereka telah berpindah ke kawasan saya secara beramai-ramai atas urusan kerja.

Baru sebulan seminggu bersama mereka.

Mereka adalah adik-adik yang sangat sibuk dengan jadual kerja masing-masing. Untuk meluangkan masa menghadiri halaqah, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika semuanya duduk berasinga tempat.

Mengenali hati budi mereka sesuatu yang sangat membahagiakan. Walaupun sibuk, mereka jarang memberikan alasan apabila sebuah tarikh [untuk halaqah] telah di tetapkan. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi janji mereka.

Pada suatu hari di petang jumaat. Kami telah berjumpa. Sebagai mana yang telah kami janjikan. Sebagaimana yang diketahui semua orang bekerja dan belajar, hari jumaat adalah hari kelima kita bekerja. Pastilah hari yang sangat meletihkan.. Sudahnya, petang pula tu. Tapi mereka sanggup datang dengan muka manis tanpa sebarang keluhan letih dan sibuk.

Alhamdulillah pertemuan sebentar untuk menambahkan iman itu dapat dijalankan sebagai mana yang dirancang.

Semua berjalan beriringan untuk menaiki kereta.

TETIBA!

Hmm.. 
"Akak, tayar kereta akak pancit la".. Kata salah seorang dari adik-adik tersebut.  
"oh?!" kata saya sambil keheran-heranan.
"Ha'a la, tayar kereta yang saya pandu, PANCIT !"
Dalam hati saya berbisik "habislah. dahla tak pandai tukar tayar".
Untuk pulang ke rumah dari tempat perjumpaan 15 minit perjalan kereta.
Masakan mahu jalan kaki.
Sudah jam 9 malam.

Tanpa disangka, adik-adik ini meghulurkan bantuan tanpa dipinta!.
"Akak bukakan bonet kereta ini".
Dengan lurus, saya membukakan bonetnya.
"Biasanya ada tayar spare kat dalam bonet ni"..

Proses membuka skru tayar bukanlah sesuatu yang mudah. Semua berusaha membantu sedaya upaya.. Melompat diatas pemutar skru. Duduk dan memberikan cadangan bagaimana skru itu sepatutnya dibuka. Teknik meletakkan tuas untuk mengangkat badan kereta juga ada sedikit kesilapan.. Tiada usaha yang berjaya.

Sebahagian dari mereka menalifon pihak yang mungkin dapat membantu..

Akhirnya tayar berjaya ditukar. \

Alhamdulillah! Sungguh CANTIK susunan Allah.

Ya Allah!
Baru sebulan bertemu mereka. Mereka telah menghulurkan bantuan tanpa permintaan. Habis kotor tangan mereka.. Mengambil masa mereka kerana menunggu dan berusaha membuka tayar. Menunggu 'mekanik' datang..

Akhlaq mereka yang suka membantu sebenarnya bukanlah akhlaq biasa terkandung dalam masyarakat hari ini.

Iya kan?. Dalam masyarakat yang tersebarnya idealism "keakuan" atau "ananiah", budaya bantu membantu bukanlah budaya biasa.. Susah amat kita mahu membantu. Apatah lagi jika orang yang memerlukan bantuan itu orang yang tidak dikenali. Pelbagai prasangka muncul sebelum boleh membantu. Individu-individu yang selalu mengambil kesempatan pun ramai..

Sifat suka membantu tanpa dipohon, yang ada pada mereka ini sangat penting sebagai bekal di jalan dakwah. Segala puji bagi Allah kerana mempertemukan saya dengan insan-insan istimewa seperti ini. Insan-insan yang bakal memikul tanggungjawab dakwah di kawasan ini suatu hari nanti. Tiada yang lain lebih layak menentukan orang-orang yang memikul tanggungjawab dakwah ini kecuali Allah!

"Jika kamu tidak mahu berangkat [untuk berperang] niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" 
At-Taubah: 39

Semoga saya dan adik-adik ini serta para pembaca sekalian menjadi kaum yang dipilih Allah untuk berjuang di jalanNya. Insya Allah.

Alhamdulillah!
Inilah usrah yang sebenar. Usrah itu bukan hanya cakap banyak dan mantap, atau memberi komen sana sini. Usrah adalah berkenalan, bersefahaman dan saling tolong menolong..

Teruskan usaha memahami dan menghayati konsep tarbiyyah yang telah Rasulullah ajarkan pada kita. ia sebenarnya, lebih dari ajaran, kerana Rasulullah telah pun menggunakan wasilah tarbiyyah ini untuk melahirkan GENERASI AL-QURAN yang unik!.

Bai! Jumpa lagi!..

Tiada ulasan:

Entri terkenal