Cerita 2
Sebagaimana yang telah dijanjikan. Ini adalah kisah kedua dalam senarai kisah yang penulis janjikan untuk kongsikan disini.
Jarak antara kampus dan rumah saya adalah semalaman [iaitu bersamaan dengan 8 hingga 10 jam]. Maksudnya naik bas selepas isya, dan akan sampai ke destinasi subuh esoknya.
Oleh sebab jarak yang sungguh jauh, maka saya tidaklah balik dengan kerap. Hanya apabila cuti panjang dan ada urusan penting, barulah saya pulang.
Pada suatu hujung minggu, saya terpaksa pulang untuk menyelesaikan beberapa perkara di rumah. Cewah. Bunyi macam perkara apa je kan. Setelah selesai urusan di kampus, saya pun terus bertolak pulang pada hari jummat malam.
kongkengkongkeng. [bunyian menandakan telah menyelesaikan urusan di rumah]. Maka saya pun menyusunlah perjalanan pulang ke kampus. Memandangkan saya punya kerja penting pada hari ahad selepas isya. Maka saya perlu bertolak pulang ke kampus pada pagi ahad. [balik jumaat malam, sampai sabtu tghr sebab transit di Kuala Lumpur selama 5jam dan pagi ahad sudah mahu bertolak pulang]. Perjalanan siang akan memakan masa yang lebih kurang sama. 8 hingga 10 jam. Begantung kepada tiket dan trafik.
Perjalanan tidak semudah yang dirancangkan...
Perjalanan yang dirancang adalah begini:
Pulau Pinang - Kuala Lumpur [5jam]
Kuala Lumpur - Pekeliling [2jam]
Pekeliling - Kuantan [4jam]
Bertolak dari Pulau Pinang jam 10 pagi dan sampai ke kuantan jam 8 malam. Kerana jam 9 saya punya temujanji dengan sahabat.
Tetapi perjalanan yang terjadi sebagai mana yang Allah rancangkan:
Pulau Pinang -Kuala Lumpur [5jam].
Kuala Lumpur - pekeliling [2jam 30minit]
Pekeliling - Temerloh [2jam]
Temerloh - Kuantan [5 jam]
Bertolak dari Pulau Pinang jam 10 pagi dan sampai ke Kuantan jam 11 malam.
Wah! Lama betul. Pelbagai perkara berlaku.. tersesat di stesen KTM Bandaraya. Tidak pernah singgah disana. Terpaksa jalan-jalan dan mencari kaunter jualan tiket. Setelah lepas cubaan mencari jalan untuk ke pekeliling, subcerita lain pula bermula.
Tiket ke Kuantan telah habis. SEMUA SYARIKAT BAS... Selama berulang alik Pulau Pinang-KL-Kuantan. Inilah kali pertama, mendapat pengalaman tiket Pekeliling - Kuantan habis.. Pilihan yang ada, adalah ke Temerloh dahulu atau naik bas jam8 malam. Maka, lebih baik ke Temerloh. Kerana saya sedang mengejar masa.
Di Temerloh, sekali lagi menukar bas untuk ke Kuantan. Bas yang patut dinaiki, tidak sampai-sampai. Apabila sampai, pemandunya tidak membenarkan penumpang naik. Selepas berbual sana sini barulah dia membuka pintu untuk penumpang naik. Elok mahu berjalan, bas dihentikan untuk memberi peluang beberapa lagi penumpang bas untuk naik.
Akhirnya sampai lah ke Kuantan, tetapi 3 jam lambat dari yang dirancang. Maha Suci Allah.
Pertemuan berjaya diteruskan dengan sesi berkongsi pengajaran dari perjalanan ini.
hmmm.. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang. Dan pengalaman ini adalah sebaik-baik tarbiyyah dari Tuhan buat hambaNya. Insya Allah.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Tak nak cakap. Nanti kalau tak buat berdosa. Tapi kalau kita tahu, kita wajib sampaikan. Tak nak dengar. Nanti dah tahu kena buat.. Boleh...
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Kita buat sesuatu dan kita rasa ok. Selepas mengetahui sesuatu mengenai perbuatan kita, barulah kita rasa.. "Ya Allah kenapalah aku bua...
-
Lagi cerita mengenai rokok dan tembakau. Dulu-dulu masa kecik, penulis pernah dengar cerita mak. Dulu suka suruh mak bercerita. Sebab penuli...
-
Setiap hari mengadap Al-Quran, tapi entah bila yang terasa itu peringatan dan surat cinta dari Allah. Allah itu bukan manusia biasa. Allah...
-
Sememangnya fitrah semula jadi kita, berusaha menyelamatkan diri dari sebarang musibah dan kemudharatan. (Jika kita merasakan sesuatu yang b...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Bila orang tengok kita teringat cerita korea Bila orang tengok kita teringat cerita hindustan Bila orang tengok kita, teringat pantai Bil...
-
Hmm lupa pulak nak royak (beritahu), ananiah, ujub, takabbur dan riya itu boleh di ubati. Setiap penyakit yang di cipta Allah kan ada ubat n...
-
Pernah dengar tak fasal cara-cara ulama terdahulu mengumpulkan hadis Rasulullah? Nak tahu tak macam mana? Nanti penulis cerita satu contoh.....


Tiada ulasan:
Catat Ulasan