Sabtu, 25 Ogos 2012

Meniti hari dalam kehidupan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Misi kehidupan kita bukanlah untuk mengisi perut yang kosong, membahagiakan hati yang gundah, dan merehatkan badan yang letih semata-mata.

Ia mungkin menjadi salah satu dari agenda kehidupan.

Melihat ragam manusia.. pelbagai.
Ragam yang menjadi pilihan sendiri dengan izin Allah.

Adik dah solat subuh?
Belum.
(masa menunjukkan pukul 8 pagi)..

Aik kenapa adik tak solat lagi?
Adik tak bawal telekung.
Ibu cakap takpayah solat kalau takde telekung.

.T_T.

Hilang kata sebentar.

Sesungguhnya begitu mudah untuk mencari LOJIK dalam melakukan sesuatu menurut kehendak hawanafsu TAPI...

Sedarlah, perkahwinan bukan sekadar kebahagian lelaki dan wanita atau untuk menutup maksiat pergaulan tanpa batasan semata-mata.

Ia adalah ibadah seumur hidup

Huhu.
takbest nak cakap pasal perkahwinan ni sebab tak kawin lagi.
Tetapi perbualan singkat itu buat hati, fikiran dan perasaan begitu tersentuh.

Semoga Allah memberikan petunjuk terbaik buat pasangan yang baru, telah dan akan mendirikan rumah tangga. InsyaALLAH.

Selamat pengantin baru semua.

Tiada ulasan:

Entri terkenal