Ahad, 26 Ogos 2012

Misi yang tidak akan habis

Islam.

Itulah misi.
Itulah cara hidup.

Islam.

Sungguh sukar, bila suasana bukan lagi suasana fitrah.
Sungguh pelik, bila suasana di kuasai Jahiliyyah.

Islam.

Sebenarnya MUDAH, menurut fitrah.
Cantik dan indah...
Menurut pandangan Allah.

..........

Terasa perit membuang JAHILIYYAH.
Terasa susah meninggalkan JAHILIYYAH..
Kerana ia telah mendarah daging...
Menjadi kebiasaan...

KOTOR.
jiwa di balut jahiliyyah.
Hati menjadi cinta pada maksiat.
Akal berusaha "melojikkan" segala maksiat.
Kerana JIWA sangat cinta dan tidak mahu lepaskan JAHILIYYAH.

Berat dan susah mendekatkan diri pada Allah.
Sukarnya merasai cinta Allah..
Kerana hati telah diisi CINTA pada JAHILIYYAH.

 .........

Biarlah susah sedikit,
Biarlah perit sedikit,
Biarlah terlalu SAKIT..

Demi kesenangan hidup di akhirat sana.

Kita akan terus berkorban,

Meninggalkan JAHILIYYAH..
Mencabut terus akar umbi JAHILIYYAH..
Yang telah lama mendarah daging dalam hati, tubuh badan dan kebiasaan..

Tinggalkan jahiliyyah wahai diri dan para muslimin..
Islam tidak akan menang dengan jahiliyyah yang masih bertempek tebal dalam diri kita...

Sekian dan selamat berkorban demi Tuhan!

Tiada ulasan:

Entri terkenal