Sabtu, 18 Ogos 2012

Mengambil pengajaran dari kisah 2

kisah benar dalam Al-Quran vs kisah benar dalam tv.

Kisah benar dalam Al-Quran.

Kisah-kisah yang dipilih oleh Allah untuk manusia 
(baca betul-betul ya, untuk manusia bukan untuk orang Islam sahaja)..

Agar ia menjadi pengajaran, menambahkan iman, mencambahkan amal serta mendekatkan diri pada-Nya.

Siapakah Allah?
Allah pencipta kita.. Dia mengetahui kekuatan dan kelemahan kita sebagai manusia. Dan Dia bukan mengetahui kita secara umum sahaja, malah Dia mengenali dan mengetahui kita setiap orang secara khusus, apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri setiap kita-kita yang bernafas di muka bumi ini..

kalau nak tahu cerita dan kisah, mesti penuh dengan kesabaran ya... hehe =p

Maka siapakah Allah?
Allah adalah Tuhan yang benar-benar tahu siapakah manusia itu..

Sebagai mana kita membeli kereta, mesin basuh atau pun talifon baru... Pencipta barang-barang tersebut lebih tahu apakah kekuatan dan kelemahan setiap barang tersebut, bukanlah secara umum sahaja malah secara khusus mengikut model masing-masing..

Lojiknya, kita sebagai pembeli dan pengguna ini dengan patuhnya akan mendengar dan mengikut segala nasihat pengeluar barang tersebut dalam proses dan usaha untuk menjaga dan menggunakan barang-barang yang telah dibeli..
Kerana kita percaya pengeluar barang tersebut lebih tahu tentang barang yang mereka keluarkan.

oleh itu, jika kita percaya Allah sebagai pencipta kita, maka apakah yang akan menghalang kita untuk percaya segala suruhan dan larangan-Nya yang terkandung di dalam Al-Quran??

maka, apakah itu kisah benar dalam Al-Quran??

Ia adalah kisah yang dipilih oleh Allah Yang Maha Mengetahui segalanya tentang kita.. Dan pasti setiap kisah yang diceritakan itu ada pengajaran bermakna buat manusia.

dan.

Kisah terpilih itu pastilah sudah di tetapkan Allah untuk berlaku dan bakal menjadi pengajaran buat kita sebagai manusia...


Kisah benar dalam tv

Siapakah yang memilih kisah benar tersebut?

Apakah kisah benar itu mematuhi kaedah-kaedah dan adab penceritaan sebagai mana yang Allah mahukan??

Jika di amati segala kisah benar itu semuanya lebih menggalakkan para penonton melakukan maksiat atau menjadi lebih dekat kepada Pencipta mereka??

Apakah hati kita menjadi lebih tenang dengan kisah tersebut atau menjadi lebih huru hara dan sempit dada?? Silalah jujur pada diri sendiri..

sekian siri ke dua.
Bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal