Selasa, 2 April 2013

Apakah aku benar-benar ikhlas?

Jika ikhlas,
kenapa bersemangat hanya ketika di'bakar'?

jika ikhlas,
mengapa tersedak bila di hadiah komen 'zass'?

jika ikhlas,
mengapa sedih bila tidak disahut?

Jika ikhlas,
mengapa gembira bila dipuji?

Jika ikhlas,
mengapa putus asa bila diuji bertubi-tubi?

Jika ikhlas,
mengapa berhenti bila letih?

Jika ikhlas,
Mengapa meledak selepas siri sabar yang panjang?

Jika ikhlas,
mengapa mengeluh serba tidak kena?


Jika ikhlas,
Andai ikhlas..
Ayuh berusaha menjadi ikhlas..

Ikhlas itu bukan lafaz kata di mulut dan pengakuan terbuka.
Ia adalah nilai sebuah amal dan kata yang hanya diketahui Allah Yang Esa.

Tiada ulasan:

Entri terkenal