Sabtu, 20 April 2013

Berubah tidak susah jika kerana Allah!



Yang Menciptakan kita..
manusia serba lemah dan kurang ini..
Siapakah?



Al-Khaliq yang Al-Aziz..
Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa..
Allah lah Yang Mencipta kita..
Allah Yang Maha Berkuasa.

........
Tarik nafas dalam..
hembus perlahan-lahan.

menjadi manusia tidak akan terlepas dari salah..

mungkin dahulu kerana tidak tahu.
sekarang mungkin sudah tahu, tapi selalu terbabas..

bagaimana mahu mencari kekuatan??

Pohonlah pada Allah Al-Aziz.

Biarlah apa pun hinaan orang.
Biarlah apa pun 'cop' yang orang telah kenakan.
Biarlah apa pun pandangan orang.



Pohonlah kekuatan pada Allah untuk tunduk pada kebenaran!
[inilah tawadhu]

Biar pun kebenaran itu datang dari seorang yang dianggap tiada nilai disisi manusia lain..

Berubahlah!

Bersyukur dengan ketentuan Allah itu, bukanlah duduk diam dan biarkan sahaja diri dengan kelemahan tersebut.. [atau dengan kata lain -redha- tak kena tempat]

Tapi bersyukur dengan ketentuan Allah itu bermaksud, menerima peringatan-peringatan yang diberi dan berusaha mencari jalan terbaik untuk membaiki..
Dan apabila gagal.. kita tidak berputus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal