Selasa, 9 April 2013

ya Allah yang membolak balikkan hati

Allah lah satu2nya Tuhan yang layak disembah.

Tuhan itu bukanlah layak dipanggil Tuhan jika hanya mengikut segala kehendak hamba-Nya yang serba tidak tahu.

Dunia ini begitu indah bila lihat tanpa akhirat..

Bila dunia dipandang hanya dengan mata. Ia nampak bahagia dan cantik. walhal

Ya Allah yang membolak balikkn hati, tetapkanlah hati kami diatas agama-Mu.. Janganlah Engkau biarkan kami sesaat pun tanpa perhatian-Mu.

Betapa ruginya hidup ini jika selain Allah menjadi Tuhan dalam diri.

Jauhkanlah kami dari kehendak diri yang tidak pernah puas, bisikan syaitan yang tidak pernah padam, godaan dunia yang tidak pernah berhenti.

tidakkan mampu seorang hamba lemah menghadapi ujian tanpa rahmat-Mu. dan kegagalan kami mengurus urusan hidup ini bukanlah kerana rendahnya kekuasaan-Mu, tapi kerana kamilah yang menzalimi diri sendiri..

jika Engkau tidak mengampuni kami, maka rugilah hidup kami.

Allahu akbar!


Tiada ulasan:

Entri terkenal