Bismillahi rahmani rahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sudah lama tidak mengasah kemahiran menulis,
Seperti sudah jadi pisau tumpul potong daging liat.
Mari kita hayati beberapa potong ayat Allah dibawah mengenai bumi yang kita diami ini:
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ ﴿١﴾ وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ ﴿٢﴾ وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ ﴿٣﴾ وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ ﴿٤﴾ وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ ﴿٥﴾ وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ ﴿٦
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.
At-takwir: 1-6
إِذَا السَّمَاءُ انفَطَرَتْ ﴿١﴾ وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انتَثَرَتْ ﴿٢﴾ وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ ﴿٣﴾ وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ ﴿٤﴾ عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ ﴿٥﴾ يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ ﴿٦
Apabila langit terbelah;
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan,
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya,
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?
Al-infitar: 1-6
Kemudian kita lihat lagi ayat Allah di bawah:
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu
Hud: 82
Setiap perkataan/perbuatan Allah pasti tidak sia-sia.
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Ali-imran: 190-191
Samada perkataan Allah yang kita ulang bacaan bertahun-tahun dari kecil hinggalah ke liang lahad.. insyaAllah.
Atau perbuatan Allah menjadikan peristiwa banjir besar berlaku hampir sebahagian besar negara pd hujung tahun 2014.
Semua kejadian ini pasti tidak sia-sia untuk orang yang sentiasa mengingati Allah.
....
Kejadian banjir besar ini adalah sebahagian dari 'kejadian langit dan bumi'.
Allahu akbar.
Tidak susah untuk jadi orang beriman.
Berfikirlah.
rajin-rajinlah menggunakan fikiran.
Jangan letih dan putus asa..
Untuk apa kita berada di dunia yang kita percaya suatu hari nanti akan musnah?
Untuk apa kita berpegang pada nilai-nilai murni?
untuk apa kita selalu mempertimbangkan perasaan dan keadaan manusia lain?
untuk apa kita berkahwin dan beranak?
untuk apa kita bekerja mencari duit? (betul ke kerja cari duit????)
untuk apa kita tidur selepas letih seharian bekerja?
untuk apa kita makan?
untuk apa kita membaca dan mengikuti perkembangan berita seluruh dunia?
untuk apa kita ambil tahu tentang politik?
untuk apa kita meninggalkan urusan politik?
Kenapa kita begitu cinta pada kerehatan dan kekayaan?
Kenapa kita begitu malas beribadah?
Pernah kah kita meluangkan masa menjawab semua persoalan ini?
Allah tidak menjadikan banjir besar ini 'suka-suka'
Pasti ada kaitan dengan kita sebagai manusia..
Makhluk paling penting 'beraksi' di pentas dunia.
BANJIR BESAR
DAN
MANUSIA DI DUNIA
tidak mungkin banjir ini berlaku SIA-SIA dan tiada kaitan dengan kita sebagai manusia!
nota kaki penting: walaupun banjir tidak mengenai sesetengah dari kita.. tidak mungkin ia tidak berkaitan dengan kita. kerana kita juga manusia.