Khamis, 21 Mac 2019

Menakluk dunia dengan Menyucikan Tuhan (bukan manusia!)

Maha Suci Allah..
Kerana Allah tidak pernah salah dalam menentukan segalanya.

Samada tentang manusia, langit dan bumi.

Merenung undang-undang ciptaan manusia, terlalu banyak kekurangan. Apatah lagi manusia sendiri. Manusia makhluq paling sempurna ciptaan Tuhan tetapi perbuatan dan fikirannya tidaklah sesuci Tuhan (mustahil tiada salah).

Belum masuk kisah perbezaan pendapat dalam segala sudut urusan kehidupan. Berbeza pendapat itu lumrah. Mengikut manusia yang dianggap lebih mulia dan lebih berilmu pun tiada masalah.

Menyucikan Tuhan Sekalian Alam itu satu kemestian. Memujinya juga suatu penghargaan dan kelayakan. Tiada manusia atau makhluq yang mampu setaraf dan sebanding. Berhati-hatilah dalam menyanjung dan memuji manusia walau kelebihan apa pun yang ada pada mereka.

Menyucikan Tuhan bukan bermaksud menghukum dosa pada manusia kerana kelemahan mereka. Buruknya akhlaq, kurangnya kasihan belas bukan juga salah undang-undang ciptaan manusia atau kerajaan yang memerintah..

Ia sebenarnya ujian kepada kita sebagai manusia menelusuri hakikat kehidupan berTuhankan Allah Yang Maha Suci.

Sudahnya?
Redha sahaja kekejaman dan kekurangan mereka?
Namanya ujian, maka usahalah sehingga lulus dengan nilaian Tuhan!

Entri terkenal