Selasa, 26 April 2011

Cuti-cuti tambah iman

Selamat bekerja bagi yang bekerja. Selamat bercuti bagi yang bercuti dan selamat bersekolah bagi yang sedang bersekolah.

Kata seorang peniaga yang penulis terserempak semasa membeli barang “amboi syok la you cuti sampai bulan 9”

Lama betul cuti semester kali ini. Hampir 5 bulan. Cuti seolah-olah satu masa yang sangat ditunggu oleh semua orang. Tidak kira bekerja atau bersekolah.

Kerana musim cuti lah dapat berehat. Berehat BETOOL punya! Berehat dari belajar, berehat dari berjuang, berehat dari bekerja, berehat dari kesibukkan dan susah payah.. Lebih ekstrem, berehat dari segala komitmen ibadah dan perjuangan memartabatkan Islam.

Sekarang musim cuti, sudah tiada timbunan kerja yang memeningkan kepala. Cuti juga bermaksud, tiada lagi jadual peperiksaan yang berderet. Cuti juga bermaksud tidak perlu lagi berjumpa rakan-rakan sekerja yang banyak memberikan tekanan. Cuti juga membawa erti tidak perlu bangun awal pagi untuk bersiap dan cepat-cepat ke pejabat dan kelas.

Saya takpela tidur pagi-pagi. Bukan mukallaf lagi. Awak tu kena bangun, solat subuh dan baca Quran. Jangan tidur lepas subuh tau!

Tiada lagi tekanan kerja yang membuatkan kita rasa kebergantungan dengan Allah, tiada jadual-jadual yang menyesakkan nafas, tiada lagi peperiksaan yang menuntut sedikit tidur, tiada lagi sikap rakan sekerja yang membengangkan.. hidup sudah bahagia.. bersama keluarga tercinta di musim cuti yang lama..
Ingat Allah bukan masa sibuk sahaja. Dan Ibadah itu bukan masa rehat sahaja.


Adakah ukuran kebahagiaan kita selama ini adalah: bebas dari tanggungjawab? Atau dengan kata lain: CUTI itu kebahagiaan kita?

Salahkah berbahagia dimusim cuti? Bagaimana pula dengan ibadah kita?.. Adakah kita hanya kembali pada Allah sewaktu susah? Dimana Allah semasa kita hidup penuh nikmat dan kebahagiaan?.. Adakah nikmat dan kebahagiaan itu tiket untuk kita melupakan Allah?

Teruskan perjuangan kerana hidup ini hanya sekali untuk membuktikan iman pada Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal