Rabu, 27 April 2011

Eh kunci la pulak

Selesai satu kerja. Selepas ini mahu ke klinik pulak. Eh, jam sudah menunjukkan jam 4.48 petang. Ok, kita kerjakan solat dahulu.

Hmm, ini surau dekat. Solat disini jelah.

Kokek-kokek..  

Gambar hiasan. Untuk berbuat baik pun kita perlu tahu apakah anak kunci yang akan membuka hati kita.


hmm tidak boleh dibuka pintu ini. Cuba pintu satu lagilah. Oh, kunci juga. Eh, tiada tempat wudhu orang perempuan. Nampak terpaksalah ke surau satu lagi..

Jalan dan terus berjalan. Jumpa kucing dan melepasi beberapa gerai makan ditepi jalan. Dalam 10 minit perjalanan sampailah ke surau kedua.

Ok, surau ini ada tempat wudhu perempuan. Alhamdulillah.

Gambar hiasan. Solat dimana sahaja. Jangan beri alasan terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas sebagai punca meninggalkan solat.


Selesai berwudhu’ naiklah keatas untuk bersolat asar.

Aiks.. Kunci juga. Mungkin pintu satu lagi tidak dikunci. Oh, berkunci juga. Hmm.. solat di luarlah nampak gayanya. 

Selesailah satu tanggungjawab.

Cuma sebagai renungan. Saya berada dinegara Islam. Majoriti penduduknya pun ummat Islam. Agama rasmi pun agama Islam. Tapi..

Tiada ulasan:

Entri terkenal