Jumaat, 22 April 2011

Bebelan

Suruh buat sekali, buat sekali
Pahat dengan pemukul.

Suruh buat, lagi takmau buat
Memberontak.

Jangan buat, itulah nak buat sangat
Sah-sah memang memberontak.

Takpayah suruh tapi buat
Tengoklah apa benda yang dibuat itu
Elok disisi Allah, eloklah..

Buruk disisi Allah,
buruklah maksudnya..


Kalau yang Allah suruh, payah benar untuk berbuat.

Allah kata solatlah. Solat lah benda paling akhir buat dalam semua kerja-kerja penting seharian. Allah kata berbuat baiklah pada manusia, buat baik, tapi pilih orang, pilih masa, pilih isi, pilih macam-macam..

Allah kata jangan, itulah yang paling syok nak buat. Allah kata jangan bantu membantu dalam kejahatan dan maksiat, itulah yang kita buat. Eh, kawan kita buat salah, kita tolong 'cover'. Nanti kita buat salah dia pulak tolong 'cover'.. Macam-macam kita buat alasan; aih ni jaga aib kawan tau.. Aib kawan kena jaga, tapi kita tidak boleh membiarkan dia dalam dosa.

Masalah kita, kita sudah tahu Allah tidak suka. Allah tidak suruh pun berbuat macam tu.. HAbis kenapa kita buat jugak? Kenapa kita ini degil dan memberontak dengan Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang? Kenapa..

Sedarlah, antara kesan dosa kita adalah, Allah membiarkan kita bergeluumang dengan dosa tanpa kita menyedari dan merasa bersalah dengan dosa tersebut. Itulah sebabnya

Bila kita mengumpat kita rasa, luah perasaan je ni
Bila kita mengaibkan orang kita rasa betul je apa kita cakap
Bila kita bergaul bebas lelaki perempuan, kita rasa biasa je tuh
Bila kita solat lambat, kita rasa oklah dari tidak solat lansung,
Bila mahu berpakaian lebih terdedah dari biasa, kita rasa ikut trend sikit
bila berhias berlebihan kita rasa, wah cantik jugak aku sebenarnya
Bila sedih dan seronok tidak pernah rasa untuk kembali pada Allah..

Sedarlah, Allah tidak rugi apa-apa dengan maksiat dan dosa kita. Kitalah yang kerugian. Rugi besar kerana kehilangan sesuatu yang amat berharga.. KEredhaan Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal