Hari ini kita akan mengenal suatu sifat manusia. MARAH. Iaitu marah yang bukan kerana Allah.
Marah adalah nyalaan api. Bermaksud ia akan menjadikan manusia seperti syaitan. Kerana syaitan itukan dari api.
Marah boleh malahirkan hasad dan dendam. Kurang marah dan terlampau marah; kedua-duanya tercela..
Terdapat pelbagai punca kemarahan, antaranya:
- bangga diri
- bergurau senda
- bertikam lidah
- khianat
- tamak harta kekayaan
- pangkat
mengingati hadith dan ayat Quran mengenai kelebihan sabar, pemaaf, lemah lembut dan menahan marah..
menggerunkan diri dengan azab Allah
Ingat akibat dan buruknya marah
Kenal pasti punca kemarahan dan pastikan ia selari dengan kehendak Allah
Lawan sifat marah adalah santun. Santun adalah halus, beradap, sopan, kasihan dan suka membantu.
Sikap pemaaf adalah tidak menuntut ganti rugi walaupun layak dan berhak.
Alangkah indah dan bahagianya hidup jika kita saling bermaafan kerana Allah! Teruskan usaha.. Manusia yang menyakitkan hati memang banyak, sedang kita sendiri belum tentu tidak menyakiti hati manusia lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan