Bertahun kita bersama, satu cita-cita,
Menuntut ilmu bekalan jiwa,
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha ilahi
Sekarang masa berpisah, kenangan paling indah
Tentu terpahat disanubari
Maafkan segala silap dan salah kita insan yang lemah
Yang kuasa hanya Rabbul izzati..
Sudah tidak dapat mengingat dengan baik, apakah lirik seterusnya.. Inilah lagu perpisahan yang selalu didendangkan ketika zaman sekolah dulu-dulu..
Apalah sangat perpisahan di dunia yang sekejap ini jika dibandingkan perpisahan kekal diakhirat jika ENGGAN melaksanakan tugas sebagai hamba dan Khalifah Allah.
Jadi usahlah sedih dengan perpisahan sementara ini kerana ia hanyalah sementara. Jika mahu bertemu semula, teruskan usaha menjadi hamba dan Khalifah Allah yang ikhlas.
Haii... semakin dekat dengan hari perpisahan, semakin JIWANG pulak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan