Isnin, 18 April 2011

mahu mendugakah

Lambat benar menangkap maksud keadaan,
Ada juga yang cepat menyesuaikan,
Fleksibiliti bergantung pada keupayaan,
Yang penting hidup perlu diteruskan.

Kita melalui ujian ini bersama,
Allah yang akan menentukan nasib kita,
Bertahan, kalah atau berjaya,
Yang penting teruskan usaha.

Sangka itu, sangka ini,
Tidak akan menyelesaikan,
Kecuali dengan penjelasan,
Jika lapang dihati bukan pilihan.

Bukan tidak mahu,
Tapi tidak mampu,
Petunjuk Allah itu sangat perlu,
Untuk kita, jika buntu.

Benar, sedih menjadi teman setia,
Kerana tidak mampu menyampai apa-apa,
Kerana terlalu banyak yang perlu dijaga,
Hanya Allah tahu segalanya.

Kini,
Hampir setahun lebih ia berlalu,
Aku perlu bangun dari sendu,
Mana yang hilang ia tetapkan berlalu,
Semoga Allah memberikan yang baru.

Jika kamu benar seorang pejuang,
Carilah jalan dan ruang,
Aku disini bersedia meluang,
Bila-bila sahaja untuk kamu semua datang.

Keadaan tidak bersalah,
Ini semua ketetapan Allah,
Untuk menjadi daei Ilallah,
Pastilah tiada jalan mudah.

Bukalah mata, bukalah hati,
Sampai bila kita mahu membentuk suasana begini?

Kadang-kadang pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih halus dan bersopan. Hal seperti ini mungkin perlu di jelaskan dalam bahasa yang halus dan paling dalam. Bangunlah, pohonlah pada Allah agar kita sentiasa diberi petunjuk untuk memikul tugas dan tanggungjawab berat ini.. Tugas dan tanggungjawab yang tidak mahu diterima sesiapa pun dikalangan makhluq Allah kecuali kita manusia yang sangat jahil dan zalim ini.

Tiada ulasan:

Entri terkenal