sanggupkah kita menyatakan sebegini ? |
Islam itu cantik.
Quran itu luarbiasa.
Contoh ikutan kita juga hebat.
Itulah Rasulullah.
Generasi contoh selepas kewafatan Rasulullah juga tidak tertanding budi pekerti mereka.
Tetapi kita.. lansung tidak mencerminkan cantiknya ajaran Islam. Susah benar untuk kita mencontohi para sahabat, apa lagilah Rasulullah. Ajaran Al-Quran, entah banyak mana yang kita faham dan amalkan.
Kita sendiri pun tidak pernah merasa Al-Quran itu mukjizat. Diri kita sendiri tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan sahabat. Apatah lagi kecintaan Rasulullah pada ummatnya.
Wahai ummat Islam dan saudara-saudaraku yang mendakwa diri kita adalah orang Islam.. Benarkah kita Islam dengan keislaman sebenarnya?
Malu sebahagian iman; malu kerana melakukan maksiat dan malu kerana tidak menurut perintah Allah. |
Tidak malukah kita dengan Allah, kita mendakwa kita Islam. Tapi apakah buktinya kita Islam? Islam itu menyerah diri maksudnya. Sejauh mana kita menyerah diri pada Allah? Sejauh mana kita benar-benar membuktikan kita menyerah diri pada Allah sedangkan suruhanNya untuk menutup aurat pun kita tidak sanggup turut.
SuruhanNya untuk bersolat 5 waktu sehari pun berat sekali untuk disempurnakan. Larangan Allah untuk tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan pun sukar sekali kita laksanakan..
Solat itu mencegah perkara keji dan mungkar. Jika masih melakukan perkara keji dan mungkar, boleh semak solat kita. |
Banyaknya suruhan dan larangan Allah yang kita abaikan sedang kita mendakwa kita beriman!
Dalam masa yang sama kita berharap orang akan kagum dengan kecantikkan Islam! Sedangkan kita tidak mampu melihat betapa cantiknya Islam.
“Ya Allah, lemahnya kami sebagai hambaMu. Berilah kami kekuatan untuk melakukan ketaatan padaMu”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan