Ha? Ada visit lagi? Subhanallah, apafasal ana tak ingat lansung? Apa? Esok dah kita nak bertolak? Aiseh, penyakit pelupa penulis sudah sampai tahap kronik dan membimbangkan. Boleh ke terlupa ada educational visit minggu ini? Nasib baik orang sibuk-sibuk sebut siang hari tu.. Haiii kalau tidak, tak berkemas lah penulis..
Minggu sebelum itu, pelbagai report dan assignment perlu diselesaikan. Minggu peperiksaan semakin dekat. Nota-nota masih belum lengkap. Catatan nota yang diambil semasa belajar di dalam kelas masih tidak disusun..
Iadah quran lagi. Hujung minggu sebelum peperiksaan Kulliyyah, ada ujian untuk kelas tahfiz. Banyak mana sudah iadah? Iadah untuk peperiksaan aje ke? Tengah sibuk-sibuk fikir hafazan Quran, tiba-tiba teringat; alamak! barang tidak kemas lagi! Esok pagi sudah kene bertolak ke UKM.
Siapkan report dulu. Nanti hidup tidak tenang. Beres. Nasib baik siap malam tu jugak. Tiba-tiba satu panggilan datang “khadijah, nanti kerah semua hadir ke Seminar Perundangan Jenayah Syariah, isu dan cabaran. Hari ahad ni ye. dari pagi sampai petang kat dewan jaip”..Alamak. Sudah kijo la aku ni.. memang bertimbun kerja datang secara tiba-tiba. Hari ahad? Hari ni hari rabu dah. Esok pukul 5 kene bertolak ke UKM Bangi seterusnya ke USM penang. Hari sabtu baru bertolak balik dari Penang ke kuantan.
Nak harap sampai awal ke Kuantan dari Penang? Huh, rasa macam lebih baik tak perlu susah-susah mengharap macam gitulah kan.
Periksa OSCE hari selasa. Cuma tinggal hari isnin untuk betul-betul mengadap segala nota dan bahan persediaan untuk peperiksaan. Sempatkah? Tahukah kawan-kawan apa itu peperiksaan OSCE?
Objective Structured Clinical Examination = OSCE.
Ia adalah salah satu jenis peperiksaan penilaian pembelajaran dalam subjek ‘Pharmacy Practice’. Di mana, di dalam peperiksaan tersebut, kita akan bergerak dari stesen ke stesen untuk menjawab soalan secara lisan dan bertulis.
Soalan-soalannya pula bukanlah seperti peperiksaan lisan dan bertulis yang biasa kita lihat di sekolah-sekolah. Di setiap stesen, kita akan diberi peluang untuk ‘beraksi’ sebagai seorang ahli farmasi yang sedang berkhidmat.
Bukan main susah lagi mahu menghadapi setiap stesen! Seolah-olah tidak berguna segala bacaan dan hafalan sebelum ini. Di stesen pertama lagi penulis sudah dapat menghidu kesukaran peperiksaan kali ini. Untuk peperiksaan OSCE kali ini, pelajar hanya dikehendaki menjawab di 7 stesen sahaja dari 12 stesen yang ada. Walaupun 7, sudah cukup untuk menyakitkan kepala.
Setiap kali keluar dari stesen, pasti penulis akan mengeluh.. “Ya Allah susahnya soalan”. Tapi bukan kerana soalannya UNPREDICTABLE. Susah itu kerana UNPREDICTABLE ACTION yang telah dilakukan penulis setiap kali menjawab soalan.. Tidak sanggup penulis untuk menceritakan keadaan penulis setiap kali singgah di stesen yang memerlukan penulis menyelesaikan tugasan.
Baru tahu rupanya, susah betul untuk bercakap dan berfikir apabila diri sudah jadi gundah gulana. Walhal bukanlah tidak sempat membaca dan menghafal. Praktikal tidak semudah belajar dan mengajar teori! Ya semua orang tahu lah.. Tidak perlu huraian.
Sebaik sahaja selesai, ada teman penulis berkata “kak dijah, kita rasa nak bunuh diri ni”.. EH? Rupanya, orang lain pun tak dapat jawab jugak ke.. Disangkakan diri penulis sahaja terkontang kanting menjawab soalan.. Waduh-waduh.. Betul-betul terasa seperti ‘sampah’ sahaja segala jawapan penulis.
Sambil berjalan pulang, penulis pun berfikir. Ya Allah ini baru ujian dunia pun. Kiranya kita tahu jugaklah bahawa pada tarikh sekian-sekian, kita akan di nilai. Sedar jugaklah yang kita ni prepare berapa persen sebenarnya.
Kalau ujian hari akhirat? Tahukah kita bila kita akan di nilai? Sedar ke tak kita berapa persen kita bersedia? Kalau nak tahu cubalah bayangkan untuk meninggal dunia sekarang. Sanggup ke tengah sibuk-sibuk cari duit, mak ayah tengah sayang, hidup tengah aman tiba-tiba kene masuk kubur?(Alamak ganas sangat pulak ke bunyi?. Nak buat cane, dah tak jumpa contoh lain la).
Okay balik semula ke OSCE tadi. Tidak berjaya ujian seperti ini masih ada ganjaran lain yang Allah beri jika kita berusaha (harap-harap Allah terimalah usaha kita). Jika tidak berjaya melepasi perbicaraan di Padang Mahsyar?? Apa lagi keselamatan yang dapat kita harapkan?
Walaupun kita kelu tidak berkata di stesen kerana TERKEZUT yang amat melihat soalan, tapi Allah tahu apa yang kita sudah buat sebelum terkejut sedemikian rupa hingga kelu lidah. Tapi; alangkah malangnya kita jika kita terkejut melihat api neraka yang marak di padang Mahsyar kelak kerana sedikitnya amal soleh kita didunia.. Nauzubillah. Terkejut itu sudah tidak dapat memberi apa-apa pada kita. Untuk berpatah balik ke dunia dan bertaubat bukanlah sesuatu yang mungkin berlaku..
Sebelum peperiksaan sibuk dengan pelbagai perkara lain. Bukanlah tidak penting perkara lain itu. Diibaratkan, sebelum kita menghadirkan diri di Padang Mahsyar, kita sudah disibukkan dengan pelbagai urusan dunia tanpa mengambil kira keuntungan akhirat, maka tibalah kita dihari akhirat sebagaimana penulis berhadapan peperiksaan OSCE setelah sibuk hampir 4 minggu sebelumnya.
Apalagi yang boleh kita buat jika kita pulang ke akhirat tanpa bekal? Ibaratnya ‘kelu lidah’ penulis melihat soalan disetiap stesen semasa peperiksaan OSCE lah. Kelu lah kita melihat segala neraca Allah yang digunakan untuk menimbang amalan kita. Rupanya ringan sungguh timbalan amal soleh kita selama ni! Belum tengok lagi titian sirat untuk kita berjalan menuju ke syurga. Sehelai rambut yang dibelah tujuh. Itulah perumpamaan kelebaran titian sirat. Ia hanya menjadi luas dan selesa untuk orang yang berat timbangan amal soleh.
Hakikat kehidupan kita memang memerlukan kepakaran kita untuk memilih antara semua perkara penting, yang manakah lebih penting? Mungkin kerana itulah Prof Yusuf Qardhawi telah membuat kajian yang begitu kemas dan detail mengenai hal ini. Bukan beliau sahaja, Steven Covey pun menulis perkara yang sama.
Antara dua keuntungan, pilihlah yang lebih kekal. Pastilah akhirat itu yang kekal. OSCE bukanlah segala-galanya. Penulis masih ada peluang untuk berakhlak dengan akhlak orang beriman atau orang kufur. Mahu mengambil iktibar dari apa yang terjadi atau menyalahkan takdir. Mengambil iktibar bermaksud memilih untuk mencari lebih pahala supaya timbangan kebaikan itu bertambah berat diakhirat kelak. Jika sebaliknya, ia hanya menyusahkan kehidupan akhirat.. Semoga kita semua tidak dihina Allah diakhirat nanti kerana kelalaian kita menjalani hidup didunia.
Semoga tulisan kali ini bermanfaat untuk semua.