Awak tahu tak semalam saya kejut awak berkali-kali, tapi awak tak bangun-bangun.
Pernah dengar perbualan macam ini kan? Selalunya masa letih, sibuk dan tak cukup tidur. Jam loceng bunyi habes terjaga semua orang dalam rumah/bilik. tapi kita tak sedar lansung. Yang lagi dramatiknya, semua orang tolong kejutkan, tapi dia lansung tak sedar apa-apa. Tahu-tahu, orang lain dah puas kejut.
Ha sebenarnya ini adalah satu ibarat. Orang yang sedang leka hidupnya sahaja tanpa mengambil kesah yang dia sedang hidup bersama orang lain..
Maklumlah kita ni kadang-kadang bersopan supaya orang tak bengang. Kalau brutal sangat habes terkejut biawak pulak kan? Itulah manusia. Itu tak kena. Ini pun tak kena. Sebab itu Allah ajar kita bersederhana. Aiseh, kawan-kawan yang baca blog ini semua nya dari spesis manusia kan? Begitu jugalah penulis. Spesis manusia ini memang banyak buat salah. Sebab itu kita diajar Nabi s.a.w supaya bertaubat.
Hari ni (masa tulis entri ni, bukan mengikut tarikh diatas) penulis rasa tak best sebab ketua kelas penulis cakap kelas penulis jadi spesial dari segi kehadiran. Adoii. Kalau spesial itu yang ok tak pe lah jugak. Ini spesial yang sebaliknya. Macam mana nak buat ni?
Tak rasa pape ke? Hati anda tak tercuit ke? Tak pernah fikir hari kiamat ke?
Huh asik fikir hari kiamat je penulis ni. Bosan betul. Tulisan dia pulak mesti pedas-pedas.
Eh ye ke ada orang fikir macam ni selama ni?
Tidak tersangka pula penulis. Maaf lah kalau ada yang terasa demikian.
Jom kita fikir apa jadi dengan kita di hari kiamat esok, kalau kat dunia lagi kita dah dianggap spesial dalam hal-hal yang tak sepatutnya. baii.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan