Selasa, 14 September 2010

Sayur pun nak raya tau

Nak sayur apa? 
Sayur goreng.
Sup sayur pun boleh.

Tak mahulah. Nak sayur celor. Eh, sayur rebus la. Tak nak, nak sayur yang makan mentah.. (ulam la)

Eh sayur takde. Jom cari. 

Bermulalah ADVENTURE of FINDING SAYUR.
Sekarang jam 9 malam.

Sembang, kecek, cakap.. eh, dah pukul 1050 malam la. Jauhnya kita jalan malam ni.. (Jarak perjalanan sepatutnya tak sampai 10 minit, tetapi sudah jadi hampir 2 jam kerana kesesakkan lalulintas). Pengalaman dahsyat.

Akhirnya pulang ke rumah dengan sayuran pada jam 1230 malam.. Hadoiyai. Semoga Allah Yang Maha Pengampun mengampunkan dosa kami sekeluarga. Sabarnya menunggu dalam kereta.

Mutiara bd terasa mahu sahaja membawa rakan pembaca sekalian merasai ke’hangatan’ berada dalam kesesakan lalulintas dari esso pasir pekan hingga ke gertak yang menyambung Pasir Pekan ke Kota Bharu. (jem kat kolumpor pun tak teruk macam tu.. fuh)

Bayangkanlah, 5 barisan yang panjang beratur menunggu untuk memasuki 1 barisan.. Belum dikira satu lorong ditutup kerana adanya kereta mati tersadai di bahu kiri jalan. Bas lagi. Kereta kiri kanan semuanya penuh manusia dengan pelbagai gaya. Siap keluar kereta dan jenjalan lagi.. belum bilang lagi ibu yang keluar dari kereta sambil mendukung anaknya keluar dan melintas jalan berlawanan arah. Kemana? Tidaklah penulis ketahui..

Ok cukuplah sikit-sikit. Yang penting pengajarannya, jika kita dakwa kita mahu bersabar, maka silalah buktikannya.. Jika kita tahu kita kurang sabar, silalah lebihkan tahap kesabaran anda. Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa syawal.

Tiada ulasan:

Entri terkenal