Bercakap tentang hati, adalah bercakap sesuatu yang abstrak. Sesuatu yang tidak dapat dilihat serta dipegang secara fizikal.
Jika cermin kotor, ia senang dilihat. Jika baju terkena gulai, mudah sekali untuk kita mengesannya.. Begitu juga dengan rumah yang tidak bersapu.. habuknya senang dilihat.
Tapi kalau hati kita kotor? Bagaimana mahu dikesan? Hanya apabila sesuatu kelihatan kotor, barulah kita dapat membersihkannya..
Tempat persinggahan yang kotor menyebabkan kita tidak selesa menginap di dalamnya.., Bagaimana pula jika kita sentiasa membawa sesuatu yang kotor bersama setiap hari? Selesakah kita?
Dengan bahasa mudah, selesakah kita berbaju sama tidak berbasuh sehingga bertahun-tahun? Hehe. (Ekstrim pulak perumpamaan). Oklah jika tidak bertahun pun, berhari-hari pun sudah cukup untuk merasa tidak sedap duduk.. kan?
Hati kita Allah yang cipta, tapi kita yang diamanahkan menjaganya.
Rumah perlu dibersihkan dalam setiap jangkamasa tertentu. Begitu juga baju. Setelah dipakai mengikut kekerapan tertentu, ia akan dibasuh. Cermin; jika kelihatan kotor, maka kita akan berusaha menghilangkan kotoran yang terlekat.
Apa jadi dengan rumah, baju dan cermin jika kotoran yang ada dibiarkan? Hmm, mulalah kita menonyoh dengan kuat hingga sakit tangan.. betul tak? Maksudnya; susah sekali untuk dibersihkan..
Begitulah juga dengan hati kita. Jika ia kotor dan tidak dibersihkan segera, maka penatlah kita ‘menyental’ untuk membersih. Selain itu, dengan hati yang kotor, ia menjadi rumah yang sangat tidak selesa untuk perkara baik dilakukan didalamnya. Cahaya Allah tidak akan dapat menempati hati yang kotor dan hitam.. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan dunia tanpa cahaya Allah? Mampukah kita??..
Isnin, 13 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seperti biasa, apabila kita memulakan sesuatu perbualan, kita mesti mulakan dengan...
-
Kali ini, penulis mahu berkongsi sesuatu yang berbeza sikit dari selalu. Penulis mahu berkongsi mengenai Profesional Farmasi. Bercerita da...
-
Selamat pagi dan salam sejahtera. Rakyat Malaysia kini telah melepasi paras berbahaya apabila menjalani hidup dengan tidak mengendahkan unda...
-
Bersahabat dengan tukang besi, percikkannya mengotorkan baju. Bersahabat dengan penjual minyak wangi, wanginya akan terlekat juga walau sedi...
-
Mata dua . Mulut satu. Telinga dua . Otak pula, sangat besar luas permukaannya . Selepas hidup berpuluh tahun, ...
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Serabut dengan kata-kata manusia yang tidak sunyi dari mengumpat mengata dan mencela.. Tiba-tiba terjumpa mutiara kata dari Tuhan Yang Maha ...
-
Masih terngiang-ngiang nasyid di zaman kanak-kanak "Wahai kawan-kawan mari dengar cerita.." "Kisah Nabi Yunus dalam ...
-
Assalamualaikum semua.. ^_^ kalau boleh melompat hingga mencapai awan, mahu sahaja melakukan demikian. Hehe~ bagai orang baru terlepas da...
-
Assalamualaykum warahmatullah.. Kita sambut hari lahir setiap tahun.. Kita dengar orang ucap "Selamat hari lahir" untuk kita s...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan